berita

Penderaan Ibu Tiri Terbongkar, Didakwa Pukul Anak Kerana Tak Faham Pembelajaran

July 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Foto: PDRM

Seorang murid Tahun 3 didakwa dipukul oleh ibu tirinya gara-gara tidak memahami pembelajaran yang diajar sebelum dia bertindak mengadu kepada gurunya.

Artikel Berkaitan: Ibu Dera & Kurung Anak Dalam Sangkar Anjing, Disyaki Cuba Membunuh

Artikel Berkaitan: Budak Lompat Dari Tingkat Lima, Dipercayai Tak Tahan Dipukul Ibu

Mengadu pada guru

Memetik laporan Harian Metro, pada Isnin lalu kanak-kanak perempuan tersebut mengadu tentang keadaan dirinya yang sedang menanggung sakit kepada seorang guru wanita semasa sesi perhimpunan sekolah.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata guru berkenaan terkejut sebaik sahaja melihat bahagian belakang muridnya itu cedera dan terdapat kesan lebam. Kanak-kanak tersebut dipercayai telah dipukul menggunakan objek keras.

Polis yang menerima laporan kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Siasatan mendapati berlaku 11 kesan pukulan di bahagian belakang mangsa serta kesan lebam dan cedera di bahagian tangan kanan serta di bahagian kedua-dua belah peha.

Beliau menjelaskan bahawa suspek didakwa bertindak sedemikian kerana mangsa gagal memahami latihan yang diajar oleh suspek.

Kejadian itu disaksikan oleh kakak mangsa berusia 15 tahun yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.

Mangsa adalah anak bongsu daripada dua beradik hasil perkahwinan bapanya dengan arwah ibu mereka.

Mangsa juga mendakwa sebelum itu pernah dipukul dengan rotan tetapi tidak seteruk pada hari kejadian.

Susulan itu, polis telah menahan suspek berusia 30 tahun di kediamannya kira-kira jam 3.30 petang pada hari yang sama.

Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak – Kanak 2001.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×