berita

‘Pendiam, Serius & Tidak Bercampur Dengan Masyarakat’ – Jiran Dakwa Suspek Kerat Ibu Pernah Bunuh Kucing

June 6th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan bahawa suspek yang membunuh dan memotong badan ibunya kepada 15 bahagian dipercayai mengalami masalah mental.

Artikel berkaitan: Suspek Kerat Ibu Dipercayai Ada Masalah Mental

Artikel berkaitan: Ibu Dikerat 15, Anak Buang Potongan Daging Dalam Tangki Kumbahan– ‘Tak Puas Hati Pembahagian Harta Pusaka’

Terbaru, jiran mangsa memberitahu bahawa dia terkejut apabila pernah menyaksikan suspek membunuh seekor kucing yang masuk ke perkarangan rumahnya menggunakan sebilah pisau.

Terkesan dan trauma

Dia (suspek) jenis yang pendiam, serius dan tidak bercampur dengan masyarakat. Kami terkesan dan trauma apabila mengetahui suspek tergamak bertindak sedemikian pada ibunya. Malah, sepanjang tempoh seminggu ini, kami langsung tidak mendengar sebarang bunyi apa-apa sama ada ketukan atau jeritan seperti kebiasan daripada rumah suspek sehinggalah ketibaan pihak polis semalam.

Menurut jiran mangsa yang enggan mendedahkan identiti, kebiasaannya mereka sering terdengar suara mangsa bernyanyi dan menjerit. Namun, suasana itu bertukar suram apabila kelibat mangsa tidak lagi kelihatan sejak beberapa hari lalu.

Biasanya kami selalu dengar suara ‘auntie’ (mangsa) menyanyi dan kadangkala menjerit, namun sejak beberapa hari lalu, kelibatnya tidak kelihatan. Sehinggalah petang semalam apabila kelihatan sepasukan anggota polis mengerumuni kediaman mangsa dan barulah kami tahu kehilangannya akibat dibunuh oleh anaknya sendiri.

Setakat ini, keseluruhan rumah suspek dikelilingi pita polis manakala bahagian pintu belakang yang menempatkan tangki kumbahan, turut ditutup.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×