Pengacara kelahiran Indonesia, Zeda Salim tampil mendedahkan bahawa dia tidak pernah mendapat hak sebagai seorang isteri malah menderita sepanjang berkahwin dengan suami, Habib Ali Jindan.
Artikel Berkaitan: ‘Instafamous’ Dakwa Bekas Suami Minta Poligami, Kena Jaga Perempuan ‘Skandal’ & Bayi?
Tak izin untuk hamil
Memetik laporan portal Suara, Habib Ali bukan sahaja melakukan penderaan fizikal terhadap Zeda atau nama sebenarnya Zurayda Salim bahkan tidak mengizinkan dirinya untuk mengandung sepanjang perkahwinan mereka.
Disebabkan itu, Zurayda nekad untuk membuat permohonan cerai dan tidak lagi mahu hidup bersama suaminya itu.
Dalam pada itu, menurut peguam yang mewakili Zeda, anak guamnya juga pernah terdetik untuk mencabut nyawanya sendiri dengan cara mengambil ubat-ubatan terlarang.
Zeda mengalami tekanan dan begitu kecewa dengan suaminya sendiri. Jiwa dan fikirannya menjadi rapuh kerana keganasan rumah tangga yang dialaminya.
Kerana rasa kecewa dengan suaminya yang bersikap zalim, Zeda pernah cuba untuk membunuh diri dengan cara mengambil ubat-ubat yang terlarang.
Sementara itu, pengacara berusia 37 tahun tersebut jelas hairan dan sama sekali tidak mengetahui apakah sebab sebenarnya suaminya itu bertindak sedemikian sehinggakan dirinya tidak mendapat nafkah yang sepatutnya.
Sebagai seorang isteri saya sepatutnya mendapat hak-hak yang telah ditetapkan dalam hukum syarak namun, saya sama sekali tidak mendapatkan apa yang sepatutnya.
Antara yang paling saya pelik ialah Habib tidak membenarkan saya untuk hamil tanpa sebarang alasan yang kukuh.
Ia adalah menjadi satu impian semua isteri untuk melahirkan zuriat.
Terdahulu, Zeda yang bernikah dengan Habib Ali pada 2021 lalu mendedahkan dirinya tidak bahagia hidup bersama bahkan telah hidup berasingan dengan suaminya sejak beberapa bulan yang lalu.
Sumber: Suara.com