berita

Pengacara TV3 Kongsi Kisah Sebak Terima Hadiah Kasut Dari Syurga

October 18th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Setiap orang yang berjaya pasti ada kisah dukanya tersendiri. Pengalaman mereka sebenarnya banyak mengajar erti hidup. Seperti kisah dikongsi oleh pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Izzhar Nazri dimana dia dibesarkan dalam serba serbi kekurangan selepas kematian ayah tercinta.

Apa yang memilukan adalah pengorbanan seorang guru yang menghadiahkan sepasang kasut untuk dirinya hingga membuatkan dia ingin sehingga ke hari ini.

Cikgu beri kasut

(sekadar gambar hiasan)

Kasut dari syurga & Cikgu Alhana. Hari ni kami jumpa semula selepas genap 10 tahun, cikgu ni tak pernah mengajar subjek dalam kelas, tapi dia umi yang berjaya beri harapan hanya guna kasut. Tipikal anak yatim & asnaf zakat macam saya dulu, tak dapat semua yang mahu, saudara mara tak ramai ambil tahu, nak pergi daftar diri ke MRSM pun keluarga tak mampu.

Terpaksa tebal muka mengemis ihsan dengan orang luar tumpangkan dari KL – Penang, pergi lapor diri sorang diri. Sampailah satu hari, cikgu ni ternampak saya pakai kasut buruk, lusuh & koyak. Inilah kasut yang saya heret pergi kelas setiap hari.

Buat pengetahuan semua, Izzhar merupakan Top 3 Da’i : Pendakwah Milenia Musim Kedua dan kini menjadi pengacara MHI dan Tanyalah Ustaz.

Siapa sangka disebalik kejayaannya, beliau sebenarnya mempunyai latar belakang keluarga yang susah. Ibunya harga menyara kehidupan mereka sekeluarga dengan menjual karipap.

Menangis peluk kasut

(sekadar gambar hiasan)

Cikgu bawa saya keluar belikan kasut sekolah baru, sampai asrama saya menangis sambil peluk kasut. Jarang dapat benda baru lepas papa meninggal dunia. Cikgu ni jugaklah yang senyap-senyap bawa mama dari kampung, uruskan semua kos untuk mama tengok saya dapat anugerah tokoh-tokoh pelajar dalam majlis graduasi MRSM.

Percayalah, kadang bagi kita kecil, tapi besar bagi orang lain. Mungkin cikgu nampak itu hanya kasut BATA, tapi untuk anak miskin macam saya, itulah kasut dari syurga. Terima kasih cikgu Alhana. Semoga setiap ceramah-ceramah saya ada saham akhirat mengalir buat semua guru-guru saya.
#hustletilljannah

Menurutnya, beliau terharu apabila seorang guru membelikan kasut baru untuknya. Kasut pemberian itu dianggap kasut syurga kerana itulah benda baru yang diterima selepas pemergian ayahnya. Sebaknya.

Sumber : Izzhar Nazri

The following two tabs change content below.