berita

Pengalaman 6 Hari Berada Di Korea Selatan, Ini ‘Rahsia’ Orang Sana Selalu Sihat & Cantik!

March 23rd, 2018 | by Arini Saleh
Shout Out!

Setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk ke bumi Korea Selatan, akhirnya hasrat ini menjadi kenyataan! Mana tidaknya, kalau selalu hanya mengagumi kecanggihan teknologi, budaya dan keindahan tempat melalui drama Korea sahaja, kali ini dah boleh tengok dengan mata sendiri. Bukan itu sahaja, perjalanan selama 7 hari 6 malam di Busan dan Seoul ini adalah sepenuhnya ditaja oleh pihak CUCKOO. Macam mana tak seronok!

Trip media kali ini yang ditaja khas oleh CUCKOO telah membawa kira-kira 526 orang bukan sahaja dari pelbagai agensi media Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, malah termasuk pemenang bertuah peraduan di laman Facebook CUCKOO. Memang meriah betul perjalanan kami ke Korea Selatan untuk sambut ulangtahun 40 tahun CUCKOO di kampung halamannya.

Annyeonghaseyo Korea!

Perjalanan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA 1) ke Incheon International Airport, Korea mengambil masa dalam 6 jam. Untuk trip kali ini, kami menaiki pesawat penerbangan Korean Air. Memang grand habis.

Setibanya kami  di Incheon International Airport, Seoul, kami disambut oleh pihak pemandu pelancong dari Korea yang akan menjaga dan memberi panduan perjalanan sepanjang berada di sana. Yang menariknya, kami terus menaiki VIP Bus yang telah disediakan untuk sampai ke destinasi pertama iaitu, Busan.

Walaupun mengambil masa hampir 5 jam untuk sampai ke Busan, tapi tak kisahlah sebab betapa selesanya duduk di dalam VIP Bus ini! Dapat lunch box pula dalam bas masa tengah lapar pula. Memang bila berada di Korea Selatan, anda akan selalunya makan makanan yang sangat sihat kerana kebanyakannya bebas minyak.

Apa lagi? Jom explore !

1. BUSAN CITY TOUR – Gamcheon Cultural Village

Sampai saja di Busan, terus kami dibawa ke Gamcheon Village atau lebih dikenali sebagai ‘Korea Santorini’ atau ‘Lego Village’. Memang salah satu tempat yang menarik untuk dilawati kalau datang ke Busan. Memang banyak port menarik untuk dapatkan gambar cantik!

Lokasi yang berhampiran dengan laut, memang angin laut yang sepoi-sepoi bahasa ditambah pula dengan suhu berada di paras 3 darjah celcius ini dapat memberikan anda pengalaman yang berbeza dari Malaysia. Sudah semestinya kalau anda yang gemar menikmati udara segar sambil menikmati pemandangan indah, inilah tempatnya. Yang paling penting, kena pakai baju tebal kalau datang ketika musim sejuk!

Dah puas berjalan mengelilingi Gamcheon Village, sudah tiba masanya untuk kami check-in di tempat penginapan. Tempat penginapan kami di busan adalah di Shilla Hotel, Busan. Apa yang menariknya, Shilla Hotel ini berdekatan saja dengan tempat tarikan pelancong iaitu Haeundae Beach dan Haeundae Market! Boleh jalan kaki sahaja, kalau tak nak tidur, boleh lah pergi cuci mata.

Antara hotel yang top di Busan!

Kami makan kulit ikan buntal tau semasa makan malam! Unik habis menu ini.

2. YANGSAN FACTORY TOUR, BUSAN

Kilang CUCKOO di Yangsan, Busan ini merupakan kilang yang specialized dengan barangan keperluan dapur dan tentulah yang paling popular sekali iaitu periuk nasi serbaguna CUCKOO! Dalam masa sehari, 8000 unit dapat dikeluarkan tau!  Yang menariknya, pekerja di kilang ini semuanya muda-muda belaka iaitu dalam lingkungan umur 24-30 tahun. Kiranya lepas tamat belajar sudah terus bekerja di sini.

Satu periuk nasi dijual setiap 10 saat!

Pernah makan GABA rice tak? Memang menjadi kegemaran rakyat Korea, GABA rice iaitu kacukan beras biasa dan beras perang ini paling mendapat sambutan di Korea. Tambahan pula, masyarakat Korea sangat mementingkan kesihatan dan mengekalkan penggunaan GABA rice untuk dimakan setiap hari. Jadi, salah satu periuk nasi yang mampu untuk masak beras GABA ini dengan sedap, sudah semestinya periuk nasi serbaguna CUCKOO! Lembut betul nasi ini jadinya!

Haa! Inilah GABA Rice yang menjadi pujaan rakyat Korea tu.10 kali ganda khasiat katanya!

Makanan di kantin kilang ketika makan tengahari pun sedap!

3. NAIK KTX TRAIN, ULSAN STATION MACAM DALAM FILEM

Bila naik keretapi laju di Busan mesti teringat lokasi filem Train To Busan kan? Menjadi antara pengangkutan utama di Korea Selatan, keretapi laju dari Busan ke Seoul ini hanya mengambil masa selama 2 jam berbanding naik bas, ambil masa sampai 6 jam! Memang laju dan sangat selesa, fasiliti yang disediakan di stesen ini juga sangat memudahkan orang ramai dan tidak sesak. Bila dah berada di dalam keretapi, boleh lah kami menikmati keindahan pemandangan semasa dalam train sambil mendengar lagu Korea.

Sambil menikmati view musim sejuk. Tenang je.

Selepas 2 jam perjalanan dan sampai di Seoul, bertuah sungguh badan sebab kami menginap di salah sebuah hotel terkenal di Seoul iaitu Hotel Novotel Seoul Dragon City, Yongsan. Bila dah menginap di hotel ini, memang mudah sangat sebab berdekatan dengan stesen keretapi laju utama. Jadi, tak perlu risau dengan masalah pengangkutan untuk ke lokasi-lokasi menarik berhampiran.

Ni bangunan baru tau. Gah betul!

Jom mulakan SEOUL CITY TOUR!

4. GYEONGBOKGUNG PALACE DAN INSA-DONG

Tengok senibina ini macam dalam drama Korea!

Macam dalam drama Korea! Inilah Gyeongbokgung Palace yang merupakan istana pertama dan terbesar dibina pada tahun 1935 semasa Dinasti Joseon. Walaupun sudah lama tapi struktur binaan istana ini masih kukuh, cantik dan terpelihara! Cuaca sejuk hingga 1 darjah celcius ketika itu bukan menjadi penghalang untuk kami menghabiskan masa menikmati keindahan sambil mendengar sejarah mengenai istana paling popular di Korea Selatan ini.

Cantiknya!

INSA-DONG

Tak sah kalau datang ke Seoul kalau tak berkunjung ke Insa-dong. Jadi, pihak CUCKOO pun membawa kumpulan media berkunjung ke salah satu tempat wajib untuk mencari ole-ole tradisional Korea. Buat anda yang memang meminati seni lukisan dan bercadang untuk membelinya, inilah tempat yang anda patut kunjungi! Yang paling penting, jangan lupa untuk tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang berpatutan.

Malam yang paling dinantikan. Excited!

5. 40 TH ANNIVERSARY GALA NIGHT

Full house!

Yes! Inilah momen yang ditunggu-tunggu iaitu Malam Gala 40th Ulangtahun CUCKOO. Bukan sahaja media dari Malaysia, malah media dari Brunei, Indonesia, Singapura, bersama pasukan elit dan kakitangan dari Asia Tenggara serta 12 pemenang bertuah peraduan laman Facebook CUCKOO, menjadikan jumlah peserta sebanyak 526 orang. Wah! Ini merupakan sambutan terbesar dalam sejarah!

Memang meriah betul sambutan ulangtahun CUCKOO pada malam tersebut di samping Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Korea, En. Brian Koo telah mengumumkan kejayaan mengagumkan pada tahun 2017. Bukan itu saja, CUCKOO juga mensasarkan jualan bernilai USD 1.5 bilion pendapatan global pada tahun 2018!

LEE SEUNG-GI OPPA!

Akhirnya, upacara yang paling dinantikan adalah pengumuman Duta Jenama Antarabangsa terbaru CUCKOO di saat-saat akhir majlis.  Siapa lagi kalau bukan penyanyi, pelakon, pengacara dan penghibur tersohor Korea Selatan iaitu Lee Seung-Gi!

Handsomenya! Selalu tengok dalam drama je hehe

Pemilihan beliau sebagai Duta Antarabangsa terbaharu sudah semestinya seiring dengan CUCKOO kerana imejnya yang positif, merendah diri dan gemar mempromosikan gaya hidup yang sihat. Yang paling best sekali, pihak CUCKOO Malaysia juga ada bercadang untuk membawa Lee Seung Gi ke Malaysia juga tau. Bukan hanya tampil sebagai duta, beliau juga turut mendendangkan dua buah lagu popularnya sebagai tanda terima kasih atas sokongan terhadap kerjayanya.

https://www.instagram.com/p/BgkjMDng_t7/?hl=en&taken-by=ohbulanofficial

Dah ada di Seoul, kami visit kilang CUCKOO di sini pula

6. SIHEUNG FACTORY TOUR

Besar juga kilang CUCKOO ni!

Bila dah berada di Seoul, sudah semestinya pihak CUCKOO membawa kami melawat salah sebuah lagi kilang yang ada di sini iaitu Siheung Factory. Berbeza dengan kilang di Busan, Siheung Factory ini lebih tertumpu kepada penghasilan barangan keperluan rumah atau living appliances seperti penapis air dan penyegar udara.

Inilah produk terbaru CUCKOO iaitu Prince Top, penapis air berakali ringan tanpa tangki. Canggih!

Memang besar dan berteknologi tinggi betul segala sistem yang digunakan dalam kilang ini dan apa yang menariknya, kira-kira 4000 unit penapis air yang dapat dihasilkan oleh kilang CUCKOO ini dalam masa sehari! Memang cepat dan efisien betul!

7. SHOPPING DUTY FREE, MYEONGDONG STREET

Banyak barangan bebas cukai tau.

Menjadi syurga buat anda yang suka membeli-belah, Korea Selatan pastinya menjadi salah satu destinasi wajib untuk dikunjungi. Dengan itu, pihak CUCKOO juga membawa kami mencuci mata dan sudah semestinya membeli belah di Shinsegae yang terkenal sebagai pusat membeli-belah tanpa cukai dan Myeongdong Street yang pastinya menjadi tumpuan para pelancong dari serata dunia.

Rambang mata betul bila tengok pelbagai jenis kedai yang ada di sini. Khususnya buat wanita, boleh pening kepala dibuatnya nak pilih pelbagai jenama produk kecantikan yang ada di sini. Tapi, kalau datang ke Korea jangan lupa untuk beli rangkaian produk yang sukar didapati di Malaysia ya.

Ayam ginseng untuk makan malam. Yang menariknya, dalam ayam ni ada nasi tau!

HARI TERAKHIR DI SEOUL. Sedihnya!

8. BALIK & DEPART DI INCHEON AIRPORT

Alahai, sedih pula nak tinggalkan Korea Selatan ni.

Sepanjang 6 hari berada di Korea Selatan, kami dari media Malaysia bukan sahaja dapat mengenali antara kami yang mewakili media yang berlainan malah dapat mengenali media-media dari negara lain juga! Bukan senang nak mengikat persahabatan kalau tidak kerana trip yang telah diaturkan oleh pihak CUCKOO ini kan?

Bukan sahaja dapat ‘tengok tempat orang‘ dan mencari pengalaman, perjalanan pihak media bersama CUCKOO selama seminggu ini dapat membuktikan kepada kami bahawa tiada yang mustahil dalam mengejar impian. Bayangkan sahaja, jenama CUCKOO ini sudah bertapak di hati pengguna untuk lebih 30 buah negara di dunia dan akan terus lagi ‘menjajah’ pelbagai negara. Memang pencapaian yang memberangsangkan!

Jumpa lagi Korea Selatan!

Terima Kasih CUCKOO!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×