berita

Pengalaman 6 Hari ‘Menetap’ Di Wad Psikiatri

August 25th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Schizoaffective disorder merupakan satu gangguan mental yang kronik di mana seseorang itu akan mengalami kombinasi gejala skizofrenia seperti halusinasi dan khayalan. Selain itu, mereka juga turut mengalami gangguan mood seperti kemurungan dan mania.

Menerusi twitter Aini, ada berkongsi mengenai dirinya yang mengalami schizoaffective disorder dan pengalamannya semasa berada di wad psikiatri.

‘Dia suruh bunuh diri’

Kejadian berlaku apabila Aini mendengar satu suara yang seakan-akan menyuruhnya untuk membunuh diri dan pergi ke wad psikiatri adalah jalan yang terbaik.

Hari pertama di wad psikiatri

Menurut Aini, keadaan di bilik wad tersebut berbeza daripada wad biasa kerana di situ hanya ada katil, tilam, bantal dan selimut untuk kegunaan pesakit. Setiap pukul 8 pagi, kesemua pesakit akan beratur untuk mengambil sarapan sebelum diberi ubat.

Finally diagnosed with schizoaffective disorder

Tambahnya lagi, pelbagai jenis ragam pesakit yang ada di wad tersebut dan ada juga yang agresif seperti cuba untuk larikan diri, ganggu pesakit lain dan ada yang sampai ingin membunuh diri.

Setelah enam hari berada di wad psikiatri tersebut, akhirnya dia dibenarkan keluar.

Sumber: Twitter

 

SKIP THIS AD ×