berita

Pengalaman Betty Benafe Berpuasa Semasa Mengandung

July 23rd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

BERBUKA PUASA BERSAMA SITI NURHALIZA-30

Seperti kebanyakan umat Islam yang lain, Betty Benafe sudah semestinya mahu merasai pengalaman berpuasa di bulan Ramadhan lebih-lebih lagi sebagai ibu mengandung yang mana merupakan pengalaman pertama buat selebriti itu.

Bagaimanapun, Betty hanya dapat berpuasa pada hari pertama sahaja apabila ibu mertuanya melarang dia daripada berpuasa kerana risaukan kesihatan bayi dan dirinya.

Sebenarnya masa tiga bulan pertama kehamilan, saya memang sangat lemah. Saya tiada selera makan dan asyik tidur sahaja. Berat badan saya turun 4kg. Tapi Alhamdulillah bila usia kandungan saya cecah empat bulan, saya mula ada tenaga dan aktif macam sewaktu anak dara dulu. Selera makan juga sudah mula kembali.

Jadi bila dah ada tenaga, 1 Ramadhan lalu saya berpuasa. Walaupun ibu mertua saya dah bagi amaran awal-awal supaya tak perlu puasa tapi saya puasa juga. Sebab saya fikir kalau tak puasa, nanti susah nak ganti semula.

BERBUKA PUASA BERSAMA SITI NURHALIZA-53

Betty yang ditemui sewaktu Majlis Berbuka Puasa Universal Music Malaysia dan Rumpun Records semalam turut melahirkan rasa teruja dan seronok sepanjang kehamilannya.

Seronok rasanya mengandung ini. Saya teruja sangat bila dapat rasa pergerakan bayi di dalam perut dan lihat perut membesar. Kadang-kadang emosi saya berubah, tapi suami layan saya dengan penuh kasih sayang. Bayangkan, semasa jerebu hari itu, dia langsung tak bagi saya keluar rumah, dia suruh saya duduk dalam bilik sahaja.

Dalam pada itu, Betty juga sekarang ini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri yang bakal ditayangkan di TV9 selepas tamat penggambaran dengan Suria TV.

Untuk pengetahuan semua, Betty dijangka akan melahirkan anak pada bulan Disember tahun ini dan yang menariknya ia adalah bulan yang sama ulangtahun perkahwinan Betty dan suami.

Betty telah bernikah dengan jejaka kacukan England dan Lubnan, Bruce Darghous pada 8 Disember 2012 yang berlangsung di kediaman keluarga Betty.

Bagi yang teringin melihat gambar terbaru Betty, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto yang sempat dirakam semasa majlis berlangsung semalam.

SKIP THIS AD ×