berita

Pengalaman Ke Istanbul 11 Hari 9 Malam Dengan Bajet RM3.7k, Sangat Berbaloi!

March 19th, 2019 | by Amat
Travelogue

Bila cakap pasal keindahan Istanbul, pasti ramai antara kita akan terbayangkan keindahan hot air ballon di udara. Jika ke sini, ada memerlukan sekurang-kurangnya 11 hari untuk meneroka segenap tempat.

Seperti pengalaman yang dikongsi pengguna Facebook Hang Dhamin ini, dia ke Istanbul selama 11 hari 9 malam dengan kos RM 3750 sahaja. Sangat berbaloi!

Trip Turkey 11 hari 9 malam

[Istanbul – Cappadocia – Izmir]

Pergh Ramai betul mintak Itinerary Turkey haha. Bukan jual mahal taknak share tapi biarlah aku share Itinerary beserta tips sekali supaya korang boleh belajar sama dari pengalaman aku. Turkey ni kalau korang study lebih sikit memang boleh backpack sendiri je. Lebih fun dan enjoy kalau semuanya urus ikut masa sendiri. Ikut selera sendiri nak melawat mana. So Lets Start ! Haritu all in cost burn RM 3,750 untuk 11 hari 9 malam exclude shopping. Detail pecahan baca sendiri kat bawah ok.

Bajet Turkey (Preparation):

Tips Tiket Flight Antarabangsa:

RM 1920 Return (Saudia Airlines) – Transit Jeddah
Pergi : Transit 6 Jam
Balik : Transit 2 Jam

Airport di Istanbul ada dua. (IST) & (SAW) . korang boleh seach nak turun mana tiket yang murah. Hujung bulan ni tak silap (IST) akan tutup dan berpindah ke Airport Baru. Haritu aku turun (IST)

Kalau dapat tiket bawah 2K grab ja. Tu consider murah. Aku selalu compare dekat Skyscanner ikut tarikh yang aku nak.

Kalau kene transit cari yang transit sekejap. Kalau terpaksa transit lama juga eloklah transit pergi yang lama berbannding transit balik yang lama. Sebab balik dah penat. Nak transit lama lagi. Otak dah rasa nak balik !

Saudia Airlines OK tapi transit di Jeddah sangat boring sebab airport dia tak ada apa yang menarik. Nak makan pun kedai makan tak banyak. Pishang gak transit 6 jam aritu.

Pemilihan airlines sebenarnya penting jugak lagi2 kat mana dia transit kalau bukan direct flight.

Data internet dan insurans jangan lupa

Tips Data Internet:

Pocket Wifi (Roamingmanmy) – RM 365 Unlimited Data (share 5 orang) = RM 73 /Person

Lately ni aku memang sewa pocket wifi brand ni. Best sebab tak ada Deposit. Ada dekat KLIA dan KLIA2. Connecting superb. (Recommendad)

Simcard aku jarang pakai. Maybe ada yang ok tapi kena study sendiri lah yer.

Tips Insurans :

AIG Travel Insurans – RM 117 perperson

Option lain yang Ok. ( Etiqa 360 Insurans)

Sebelum ni aku selalu pakai AXA sebab nak murah dan janji ada insuran. Tapi orang cakap pengalaman mematangkan. So atas ilmu – ilmu yang orang share dan lihat pengalaman sekeliling better cr insuran yang bukan Pay and Claim. Biar mahal sikit janji Terus Cover kalau apa – apa berlaku. Dari ko nak bayar dulu. Ada duit ke kalau tetiba dia nak 10k? mampu? Haha.

Makanan dan penginapan

Tips Makanan:

RM 60 / Person (Makanan Malaysia)

Aku ada bawa juga “sedikit” makanan dari Malaysia untuk memudahkan urusan Breakfast seperti Meggi, minuman 3in 1, tuna dan Produk Sharifah . Daging Dendeng dia sedap. Haha.

Makanan di Turki jugak boleh di terima tekak (Bagi aku) so makanan tak menjadi masalah bagi kami. TAPI, ada jugak dari pengalaman orang lain diorang tak selera makan makanan disana. So kene tanya diri sendiri la kan?

Currency 100 Lira = RM 73

Tips HOTEL by Booking.com

Istanbul : RM 156/Person (2 Malam )

THE LEGEND PLATINE SUITE (TAKSIM ISTIKLAL)

Bilik kecil tapi ada lift. Dekat dengan tarikan utama iaitu taksim istiklal. Berdekatan balai polis tapi sedikit sunyi dilorong belakang. Takut sikit kalau korang perempuan sahaja. Berdekatan dengan Station Taksim square.

Ada kisah seram disini. Jam 7 pagi kami keluar hotel untuk berjalan ke train station tapi ternampak penjenayah berdarah – darah di kepala di depan balai Polis.

Taksim Istiklal ni Kawasan Red District sikit. Kena berhati – hati. Kawasan lain yang nice untuk stay adalah di Sultanahmet.

Pemilihan hotel yang strategik

Cappadocia : RM 148/Person (2 Malam)

RELIC HOUSE (GOREME)

Pemilihan Kawasan hotel ni antara tindakan tepat aku buat untuk trip ni. Sebabnya Kawasan ni merupakan antara kawasa startegik kalau korang nak tengok Sunset dan Sunrise. Tak payah ambik tour dah boleh tengok. Jimat duit. Tempat ni pun best sebab point untuk tengok sunset dan sunrise tu merupaka port untuk tengok hot Air Balllon naik juga. Memang naik atas kepala. Tak naik pun dah dapat feel best dia macam mana. (Recommended) .hotel dia pun best. Kalau korang nak cari Hotel lain pun banyak Area tu. Cari berdekatan Hotel ni. Boleh trace guna Google Maps.

Airport Transfer from Nevsehir Airport = 25 Lira (Saya guna)
Airport Transfer from Kayseri Airport = 30 Lira

Izmir : RM 162/ Person ( 3 Malam)

HOTEL APART ALSANCAK (ALSANCAK)

Hotel ni best sebab style Apartment. Besar dan boleh masak. Lagi best sebab duduk 3 malam kat sini mmg seronok la dapat bilik besar. Berdekatan dengan Train juga untuk berjalan.

Airport transfer from Airport to Hotel = 30 Lira

Istanbul (Last Day) : RM 43/Person (1 Malam)

TAXIM TREND SUITE (TAKSIM SQUARE)

Apartment style tapi tiada lift, haritu dapat tingkat 4. Meninggal nak usung beg berat di atas tangga yang tirus hahaha. Boleh bawak gaduh wei !

Berdekatan dengan Station taksim Square tp jauh sikit dari Taksim Istiklal. Tapi still boleh jalan kaki ke Taksim Istiklal.

Kawasan berbukit mengah jugak nak jalan. (Not Recommended) tapi still ok sebab murah tp jenis Apartment sempit. #Tepukpoket.

Tips penerbangan domestik

Tips Domestic Flight:

Antara misi trip kali ni aku nak mencuba semua Airlines Berlainan dan misi berjaya sebab aku berjaya mencuba 4 Airlines sepanjang trip ini.

Route 1 : Istanbul – Cappadocia by (Turkish Airlines)

RM 167 / Person (15KG Luggage)

Untuk ke Cappadocia korang boleh terbang dari Airport IST @ SAW. Dan di Cappadocia juga ada dua Airport (Navsehir) & (Kayseri). Goreme lebih dekat dari Airport Nevsehir. Jauh sikit dari Kayseri beza dlm 15 minit macam tu kalau tak silap. So korang compare 2 la harga tiket dari dua – dua airport tu.

Airport Domestic diorang Busy ye. Haritu flight kitaorang pukul 730 pagi tapi punyalah ramai orang. Cemas gila takut tak sempat checkin beg. Maksure korang tak salah Terminal, Domestic terminal dan International Terminal adalah berlainan. Haritu Airport Transfer drop dekat International Airport. Dah la airport transfer tu sampai lambat. Janji 4.30 pagi tapi pukul 5.15 baru sampai. Lepas tu dia bawak laju gila nak sempatkan ke Airport. Time tu serius dah pikir plan B kalau terlepas Flight. Sampai Airport salah terminal pulak. Nasib sebelah je boleh jalan kaki. Tapi berlari jauh jugak la. Oh sebuah Pengalaman !!! sangat. #DramaAirport

Cappadocia ke Izmir

Route 2: Cappadocia – Izmir (Pegasus Airlines)

RM 71 / Person (15KG Luggage)

Untuk ke Izmir (Adnan Menderes Airport (ADB) ) dari Cappadocia kami naik dari Kayseri Airport (transit SAW) dua jam dan ke Izmir dari Airport Istanbul(SAW)

Route 3 : Izmir – Istanbul by ( Atlas Global Airlines )

RM 89 / Person (15KG Luggage)

Dari ADB Airport turun IST Aiport

Dilema Naik Domestic Flight :

Flight Antarabangsa 30KG dia bagi tapi korang tak boleh bawak lebih 15KG dari Malaysia sebab nanti bila nak berpindah susah or else kene tambah duit beli luggage.

Biasa diorang mengamalkan konsep Airasia boleh gabung beg kalau dalam satu booking. Berat satu beg tak boleh lebih 23KG.

Flight kene beli awal untuk murah. Dan biasanya yang murah awal pagi dan lewat petang/malam. Problem dia ialah nak kene keluar ke airport awal pagi gila. So pengurusan timing kene betul sebab kebanyakan Airport diorg busy walaupun awal pagi.

Deal siap-siap Airport transfer untuk ke Hotel atau ke Airport lebih murah dan selamat. Dapat keluar ke airport lebih awal lebih bagus supaya tak terkejar-kejar.

Istanbulkart untuk naik subway

TRAIN (Subway) PASS

ISTANBULKART

Sepanjang kami di Istanbul kami menggunakan Istanbulkart sepanjang kami menggunakan Subway. Subway diorang Cashless ok. Yang menariknya korang tak perlu beli sorang satu kad ni. Cukuplah satu untuk kegunaan semua. Haritu kami pakai satu kad untuk 5 orang.

Kad berharga 6 lira dan boleh beli di machine Subway. So korang topup la terus berapa korang punya anggaran untuk sepanjang trip tu nanti. One way rate 1.85 – 3 Lira seorang.

Kad ni korang nak masuk je tap. Keluar tak payah tap dah. Dia tolak duit masa masuk. Tu sebab boleh share.

Barang kosmetik yang tak ada jual di Malaysia

Itinerary Turkey

Day 1

Kuala Lumpur (KLIA) – Istanbul (Ist)

Day 2

Istanbul:

Check in Hotel – THE LEGEND PLATINE SUITE (TAKSIM ISTIKLAL)

From Airport : (Subway) Ataturk Havimali Station – Taksim Station (ada pertukaran Subway) fee : 2.60 Lira / Person

Taksim Square
Transportation : Walk

Berdekatan Kawasan hotel. Dekat sini berdekatan bulatan besar tu ada satu Watson yang akan membuatkan kaum wanita hysteria haha. Watson dia macam mall wei. Macam-macam cosmetic Rare yang takda kat malaysia ada. Korang boleh cuci mata kat sana

Taksim Istiklal
Transportation : Walk

Berdekatan Taksim Square. Disinilah tempat Tram Klasik merah tu. Sepanjang jalan merupakan tempat shopping dan cafe menarik yang buat korang rasa nak cuba manisan – manisan kat situ.

PATATOS (Kumpir)
Transportation : Walk

Café yang menjual Kentang Rebus Gemok yang korang boleh tambah maca – macam topping. Try la best

Galata Tower
Transportation: Walk

Korang jalan depan lagi dari taksim Istiklal tu akan sampai Galata Tower. Kalau korang Rajin naik lah tower tu. Elok awal pagi kalau nak naik. Kurang ramai sikit.

Free Hair bawa tudung atau skaf

Day 3

SULTANAHMET SQUARE
Transportation : ( Subway )

Taksim Station – Kabatas – Sultanahmet Station

BLUE MOSQUE
Transportation : Walk

Jalan kaki dari Sultanahmet Square.
Masuk Percuma .

Kalau yang Free Hair bawa tudung atau scarf. Kalau tak kene pakai scarf biru yang disediakan.

Belakang Masjid ni ada Bazaar bunga dan pets kalau korang nak usha biji benih pokok. Haritu beli biji benih tulips kat sini.

HAGIA SHOPIA
Transportation : Walk
Fee : 60 Lira

Kene beratur sikit. Nampak macam line panjang tapi laju.

Semasa beratur korang akan di offer skip the line dan ada tour guide. Harga di offer dalam 80 – 90 lira seorang. Terpulang kalau korang nak info korang boleh follow diorng. Kalau korang jenis nak ambil gamba dan tak nak diganggu ada orang follow korang masuk sendiri je. So nak lepak lama or sekejap dalam tu korang tentukan.

GRAND BAZAAR
Transportation : Walk

Shopping port paling best dialam semesta hahah.memang boleh habis ber jam jam dalam ni . semua barang dia cantik. Standby duit ja. Rasa nak beli macam macam souvenier.

SPICE BAZAAR
Transportation : Walk

Ni pun area melontar duit jugak ni. Kat sini macam2 manisan korang boleh cuba. Dan pelbagai jenis tea yg rare ada kat sini.

GALATA BRIDGE
Transportation : Walk

View kat sini sangat cantik. Boleh Nampak Galata Tower dari seberang. View superb. Dekat bawah Galata Bridge tu ada satu restoran yang korang boleh cuba Osmali balik dan try menu Balik Ekmek (sandwich ikan).
Balik hotel : Subway

Bersantai di Cappadocia

Day 4

CAPPADOCIA

7.15 Pagi (IST) – 8.45 pagi (NAV) (1 jam 30 minit)

Book airport transfer siap-siap dengan hotel sebab takda train di Cappadocia. Teksi akan lebih mahal.

Sampai di hotel (Relic House) dalam pukul 9.15 pagi. Kalau korang smpai time macam ni korang masih sempat untuk ikut Tour yang ada sebab kebiasaan tour bermula jam 9.30 pagi. Disebabkan di Cappadocia kami nak rileks bersantai sahaja sebab dah penat pax di Istanbul maka kami decide lepak di terrace hotel sambal tengok view dan plan aktiviti seterusnya.

Check-in and rest sekejap dan plan for sunset. Maybe penat sebab kene bangun awal pagi untuk ke airport.

SUNSET @ GOREME (GOREME HATIRASI)

Berdekatan dengan Hotel kami. 10 minit mendaki ke puncak bukit untuk melihat sendiri kecantikan sunset di Cappadocia. Igtkan kene cari tour kalau nak pergi tengok sunset. Rupanya depan hotel je. Jimat byk duit haha. The view is Superb! trust me. Kami pergi musim winter. Takda la panas sangat atas bukit tu.

PEKAN KECIL CAPPADOCIA

Malam di sekitar hotel tu ada kawasan restoran dan kedai souvenier kalau nak cuci- cuci mata. Ada jugak kedai karpet yang agak besar kalau nak curi-curi ambil gambar sebab tak boleh sebenarnya haha. Pandai-pandai la nak hidup lol.

Hot Air Ballon yang cantik

Day 5

SUNRISE (WATCHING HOT AIR BALLON)

Seawal subuh kami dah memanjat bukit tgk sunset semalam untuk tengok sunrise pulak. Lokasi yang sama tapi boleh tengok dua – dua . Pagi ni disajikan pemandangan indah Hot Air Ballon naik atas kepala. SubhanAllah sangat cantik. Tak tergambar dengan perkataan.

RED TOUR CAPPADOCIA
Fee : RM 99

Beli online di website Klook. Diorang akan ambil di Hotel

Ada macam – macam tour sebenarnya. Green Tour,Yellow Tour, Blue Tour dan Red Tour. Semua destinasi berlainan. So ikut la selera korang. Harga berlainan. Korang kene survey2 jugak sebab package2 ni rmi je jual tengok la mana yang murah. Aku beli klook sbb ada promosi haritu.

Itinerary Red Tour:

• 9:30am pick up from your hotel
• 10:30am Devrent Valley
• 11:30am Pasabag also known as Monks Valley
• 12:00am Avanos
• 12:30pm visit a workshop to watch a live pottery demonstration
• 1:00pm have lunch
• 2:00pm Goreme Open-Air Museum
• 3:00pm visit a panoramic spot near Goreme to enjoy stunning views over Cappadocia
• 4:00pm Uchisar Castle
• 5:00pm drop off at your hotel

Bajet Hot Air Ballon

Day 6

SUNRISE

Sebenarnya ada niat nak naik hot air ballon harini. Tapi tengah berkira – kira duit jugak sebab ada trip japan selepas ni. So tak jadi la nak naik. Maka kami decide untuk sekali lagi melihat belon naik di port semalam. Tapi memang takda rezeki. Harini angin kuat maka ballon tak naik. Huhu.

Sebenarnya ikut nasib hot air ballon ni boleh terbang. Tak sepanjang masa dia akan terbang. Ikut rezeki masing-masing. Ada tu datang Cappadocia tak nampak langsung ballon terbang. Musim korang pergi main peranan.

Harga Standart Hot Air Ballon bagi sesiapa yang nak buat bajet) :

Antara pilihan yang ada :

1. Royal Ballons : 150 Euro
2. Kapadokya Ballons : 175 Euro
3. Buterfly Ballons : 150 Euro
4. Turkey Ballons : 130 Euro
5. Sultan Ballons : 125 Euro

Biasanya korang boleh deal dengan hotel korang duduk untuk package ni. Nak cari kat sana. Kalau ada promo maybe lagi murah. Kena rajin cari la.

?CHECK OUT CAPPADOCIA

Jam 1 kami checkout dan terus ke Kayseri Airport untuk ke Izmir. Flight jam 4.10 petang – 8.45 malam (transit 2 jam di Istanbul (SAW)

CHECK IN IZMIR

KISAH TRAGIS IZMIR

Sesampai di Airport kami di ambil oleh Airport transfer yang telah disediakan oleh hotel kami. Dalam 5 Km berjalan kami melalui roadblock police dan van kami ditahan. Cek passport segala bagai tapi kami cool ja sebab tau takda apa yang salah.

Lama gila kereta kami kene tahan, dekat setengah jam. Yang menjadi tragisnya van kami tu di Tarik oleh truck tunda polis dan kami kene turun dan tunggu tepi jalan. DEMM ! masing-masing dah start stress.

Tapi mungkin Allah nak bantu. Dating satu teksi besar bonet dia yang mampu menampung beg kami yang banyak tu dan berhimpit la kami satu teksi 5 orang haha. Nasib la tak jauh sangat.

Sampai di Hotel memang kene marah la reception tu uruskan airport transfer tah hape – hape. Mood dah kelaut masing – masing nasib dah malam . check in dan rest.

HOTEL APART ALSANCAK– nasib la Apartment ni nice gila dan selesa.

Kemeralti Bazaar sesuai shopping 

Day 7

Harini plan nak ronda – ronda Bandar Izmir . Dekat Izmir ni ada dua Kawasan yang korang boleh Stay iaitu Konak dan Alsancak. Aku stay Alsancak sebab masa survey2 hotel tu berkenan dekat alsancak. Tapi banyak lagi attraction dekat Konak. Tp jangan risau. Takda la jauh2 sangat tempat dua – dua ni. Boleh acces by subway.

Pass IstanbulKart tak boleh guna di Izmir. Di Izmir ada IZMIRIM KART. Konsep sama macam Istanbulkart dan boleh beli di dalam station (Izban Alsancak)

KONAK ISKELE
Transportation :Subway dari Alsancak Station ke Konak Station

Kawasan ni tepi laut. Turun dari subway dah boleh nampak. Boleh la nak jalan – jalan tepi laut tapi dia takda pantai.

YALI MOSQUE
Transportation : Walk
Masjid terkecil di tengah – tengah bandar Izmir.

CLOCK TOWER

Berhadapan dengan Yali Mosque. Menjadi mercu tanda kepada bandar Izmir.

KEMERALTI BAZAAR
Transportation : Walk

Bazaar ni besar ye dan seronok hahaha. Macam – macam ada jual kat sini. Tak sesesak Grand bazzar. Tapi tak banyak jual barangan souvenier. Mungkin bukan tumpuan pelancong sangat. Tapi tempat ni berejam pun tak abis. Memang layan lagi-lagi bawa geng suka shopping. Rajin la melayan.

HAVRA STREET – Balukci Restaurant
Transportation : Walk

Terletak dalam Kemeralti Bazaar ada sebuah restaurant best berdekatan Pasar basah havra street. Aku ada show dlm video. Selesa dan masakan dia best. Repeat dua kali makan kedai ni harini dan esok hahaha. Pulang ke Hotel menaiki subway ke Alsancak.

Ephesus Ancient City dipenuhi kucing

Day 8

EPHESUS ANCIENT CITY
Fee : 60 Lira

Highlight for this trip. Dari hotel kami ke Station Izban Alsancak. Beli tiket tren ke Selcuk bersamaan 7 lira sehala. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam dan ada pertukaran train di Tepekoy.

Sesampai di station Selcuk kami ambil taxi ke Ephesus Ancient City yang mengambil masa lebih kurang 10 minit bersaam 30 lira/Taxi. Tempat ni memang sangat nice. Lagi awal sampai lagi bagus. Lagi lambat lagi ramai orang

Kawasan ni penuh dengan kucing – kucing cantik lagi-lagi di hujung jalan keluar seperti melambaimu pulang. Kami ke station semula menaiki Taxi dan sama seperti proses datang

Day 9

IZMIR – ISTANBUL

7.30 pagi – 8.35 pagi kami dah terbang ke Istanbul semula. Last day in Istanbul. Kami tinggalkan beg di Lobby hotel dan sambung ronda di Istanbul. Misi terakhir shopping la perabih lira yang ada. Hahha dan keesokkannya kami pulang.

Selamat pulang ke Malaysia

Day 10

Istanbul – Kuala Lumpur

Flight jam 3 petang. Selepas checkout kami menaiki airport transfer ke airport. 30 Lira / person. Jam 11 kami dah bergerak ke Airport. Lebih awal lebih bagus. Tak kalut.

Day 11

Kuala Lumpur
SAFELY HOME ! THE END

Sumber: Hang Dhamin

The following two tabs change content below.