berita

Pengalaman Pelik Shaheizy Sam Sewaktu Menyambut Raya Pertama

August 1st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pelakon terkenal Shaheizy Sam atau lebih mesra dipanggil Sam merupakan seorang yang sangat simple dalam penampilan. Namun begitu, pelakon terkenal ini tidak lokek untuk berkongsi cerita mengenai persiapan beliau untuk menyambut Aidilfitri akan datang.

Menerusi temubual pihak OHBULAN! dengan Sam di Majlis Berbuka Puasa Astro Shaw Sdn Bhd semalam, beliau menyatakan bahawa pada tahun ini beliau hanya beraya di Kuala Lumpur sahaja. Selain itu, mengulas lebih lanjut mengenai persediaan sambutan Aidilfitri yang akan datang, Sam memberitahu beliau adalah seorang yang simple, jadi untuk pemilhan baju raya beliau akan membeli mana-mana sahaja pakaian yang dirasakan cantik dan berkenan di hati.

Apabila ditanya berkaitan warna ataupun tema baju rayanya pada tahun ini, Sam menjawab, “Setakat ini mummy sudah tempahkan dua helai baju raya untuk Sam warna purple dan brown. Baju raya tersebut dah pun siap.”

Berkongsi mengenai pengalaman raya sebelum ini, Sam memaklumkan bahawa, “Masa kecik-kecik dulu, bila nak sambut Raya Sam mesti akan duduk berkurung di dalam bilik dan mengemas bilik sendiri. Tapi untuk sekarang Sam akan lebih fokus kepada apa yang mummy nak.”

Selain itu, Sam turut berkongsi pengalaman pelik beliau selama lima tahun berturut-turut sebelum ini, di mana beliau dikatakan akan mengunjungi pusat membeli belah pada hari Raya Pertama.

“Pernah lima tahun berturut-turut sebelum ni setiap kali lepas Zuhor, Raya pertama Sam akan pergi ke shopping mall untuk shopping. Nak pegi time bulan puasa tak sempat.” katanya sambil tersenyum.

Selain itu, apabila diajukan soalan berkaitan dengan persiapan mengadakan rumah terbuka di musim perayaan nanti, Sam menjawab, “Sam tak plan pun nak buat open haouse, tapi selalunya kalau buat pun mungkinn dalam dua atau tiga minggu lepas raya.”

Bercerita mengenai soal kerjaya sebagai anak seni, aktor yang bakal muncul dengan filem SAM pada 19 Ogos depan berkata, dia hanya mahu berehat di samping keluarga sepanjang Ramadan ini.

×