berita

Pengamal Perubatan Dakwa Tangkap & Kurung Covid-19 Dalam Botol, Lebih Senang Ganggu Muslim

March 30th, 2020 | by faris
Isu & Kontroversi

Saintis dan pakar penyelidik seluruh dunia sedang bertungkus-lumus mencari penawar atau vaksin bagi mengubati Covid-19, namun setakat ini usaha belum membuahkan hasil. Lain pula kisahnya dengan seorang perawat alternatif apabila dia mendakwa telah ‘menangkap’ dan ‘mengurung’ virus itu ke dalam botol! Video tangkapan turut dimuat naik ke Facebook tempoh hari.

‘Mengaku’ berasal dari China

Pada mulanya pengamal perubatan alternatif itu, Abdul Majid Hasan dilihat membaca ayat Quran sebelum dilihat seperti menarik-narik sesuatu. Kemudian, Abdul Majid bertanyakan kepada pesakit jika ada virus Covid-19 dari Hospital Sungai Buloh, diminta menurunkan tangan kanan atau kiri.

Dia ‘bertanyakan’ kepada jin Covid-19 sama ada ianya berasal dari China. Hasilnya, pesakit yang juga seorang warga emas menggerakkan tangan sebelah kiri sebagai tanda mengiakan.

Lebih mudah serang Muslim

Dalam satu lagi video, Abdul Majid bertanya lagi dibandingkan antara bukan Muslim dan Muslim, yang mana lebih mudah diganggu. Jawapannya pesakit menggerakkan tangan kiri iaitu orang Muslim.

Dah tangkap dan kurung

Tambah pengamal perubatan itu lagi, dia mendakwa telah menangkap dan mengurung Covid-19 ke dalam botol. Botol itu kemudiannya disimpan di dalam freezer dan tidak membeku.

Saya telah menangkap dan mengurung (bukan selamanya) convid-19 ke dlm botol. Botol ini saya isi air. Saya simpan dlm freezer bersama dgn botol air lain yang kosong dari covid-19.

Selama tempoh 5 hari botol berisi covid-19 tidak membeku sedangkan botol air biasa beku dalam tempoh 6 jam.

Macam mana boleh pegang Covid-19?

Sumber: Abdul Majid Hasan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×