berita

Penganjur Acara Di Melaka Dedah Aina Abdul Terima Bayaran Termahal Berbanding Artis Lain?

December 5th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Aina Abdul

Baru-baru ini penyanyi Aina Abdul telah diundang membuat persembahan sempena ulang tahun penubuhan sebuah syarikat yang berlangsung di Melaka.

Artikel Berkaitan: Tak Basuh Lebih 200 Baju Show, Aina Abdul Mahu Buat Galeri Satu Hari Nanti- ‘Pada Saya Baju Itu Hidup’

Artikel Berkaitan: Banyak Kejutan Menanti Peminat, Aina Abdul Bakal Gegarkan Kota Singapura Januari Depan!

Bayaran termahal?

Aina Abdul

Selain Aina, beberapa penyanyi lain turut diundang pada acara berkenaan iaitu Naim Daniel, Nicole Lai, kumpulan Exist serta Puan Seri Sarimah Ibrahim selaku pengacara majlis.

Sementara itu, beberapa rakaman video memperlihatkan Aina sedang membuat persembahan dan menghiburkan penonton telah dimuat naik dalam media sosial sehingga tular.

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan adalah komen yang ditinggalkan seorang individu yang dipercayai rakan kepada penganjur acara tersebut.

Menurut individu tersebut, pelantun lagu Terus Hidup itu merupakan artis yang menerima bayaran termahal berbanding artis yang lain.

Difahamkan kenyataan itu ditulis individu tersebut bagi menjawab pertanyaan seorang netizen yang bertanyakan berapakah bayaran sekiranya ingin mengundang Aina membuat persembahan.

SKIP THIS AD ×