berita

Pengantin Gempal Didakwa Aniaya Kawan Gara-Gara Diusung, Ini Sebenarnya Yang Berlaku..

February 11th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Viral di media sosial video seorang pengantin lelaki bertubuh gempal diusung oleh beberapa orang rakan-rakan di hari perkahwinannya. Video berdurasi 29 saat itu menjadi perhatian ramai yang rata-rata kasihan dengan nasib rakan-rakan yang ditugaskan untuk ‘membawa’ pengantin tersebut. Iyalah tengok pun seksa!

Namun, sebenarnya acara mengusung itu merupakan antara acara wajib dalam adat kaum Banjar. Bukanlah ianya sengaja menyusahkan rakan-rakan atau membahayakan orang lain seperti didakwa netizen.

Angkat pengantin

Mendapat lebih 100k view, video itu menjadi bualan hangat orang ramai. Masing-masing memberi pendapat mereka yang menganggap perbuatan itu membahayakan. Tak kurang juga ada yang mengkritik pengantin itu sengaja menganiaya kawan.

Boleh teralih urat

Walau bagaimanapun, buat pengetahun semua acara ini merupakan sebahagian adat orang kaum Banjar. Kedua pasangan mempelai ini akan sama-sama menjalani adat yang dinamakan ‘adat bausung’. Kalau dahulu, adat bausung ini hanya dilakuan oleh keluarga banjar kelas atas atau kaya raya. Namun sejajar dengan waktu kerana keunikannya maka ianya telah diperluaskan untuk seluruh orang banjar.

Tak kira gemuk atau kurus

Seperti laporan Patriot, kedua-dua pengantin akan digendong atau diusung oleh dua orang lelaki gagah di kalangan suku banjar. Kedua-duanya diusung dengan diiringi masuk ke dewan persandingan dengan rombongan hadrah atau penari kuda kepang sehinggalah ke pelaminan dengan disaksikan oleh keluarga dan para jemputan.

Makan nasi hadap-hadap

Antara adat lain adalah ‘makan nasi hadap-hadap’ dimana kedua-dua mempelai pengantin akan berebut-rebut untuk menyuapi pasangan masing-masing. Ianya hampir sama dengan majlis makan nasi tamuan yang dipraktikkan oleh kaum Melayu Sarawak sehingga sekarang.

Yang menariknya ada sesetengah adat ini hampir sama seperti adat perkahwinan yang masih dijunjung oleh masyarakat Melayu Sarawak sehingga ke hari ini.

Sumber : Patriot,  Mypage

The following two tabs change content below.