berita

Pengantin Lelaki ‘Kantoikan’ Isteri Curang Dengan Abang Ipar, Tayang Di Skrin Besar Biar Tetamu Tengok

August 12th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pengantin perempuan di sebuah majlis perkahwinan di wilayah Fujian, China tidak dapat menahan malu apabila suaminya mendedahkan kisah curangnya pada hari bahagia mereka.

Kantoi pengantin perempuan curang

Berdasarkan sebuah rakaman berjudul ‘Pengantin Yang Curang’, pasangan pengantin itu dijemput untuk naik ke atas pentas untuk memberi ucapan kepada tetamu.

Pengantin lelaki kemudiannya dilihat memasang klip video yang dipancarkan daripada projektor pada skrin di dewan terbabit. Namun, ketika sedang fokus ke atas skrin LED besar, alangkah terkejutnya apabila melihat video pengantin perempuan bersama abang iparnya sendiri di ranjang serta bukti tangkap layar mesej antara mereka.

Lega kisah kecurangan sudah terbongkar, lelaki berkenaan menjerit kepada isterinya sambil melemparkan jambangan bunga ke arah wanita terbabit

Jangan kau fikir yang aku tak tahu tentang ini.

Dimalukan depan tetamu

Seperti tidak percaya dia dimalukan sebegitu itu di hadapan orang ramai, wajah pengantin perempuan berubah menjadi merah sebelum beberapa tetamu yang lain berlari ke pentas untuk memisahkan pasangan berkenaan.

Susulan daripada video itu, perdebatan antara netizen tercetus. Malah, ada juga di antara mereka yang memuji tindakan pengantin lelaki kerana ‘membalas dendam’ dengan cara yang begitu hebat sekali.

Pasti pengantin lelaki lega. Dia dah simpan rahsia ini lama dan tunggu saat yang tepat untuk kantoikan.

Sumber : Daily Star

SKIP THIS AD ×