Seorang pengantin lelaki rebah sebelum meninggal dunia di dakapan isterinya dalam satu majlis perkahwinan yang diadakan di Aswan Governorate, petang Khamis lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Maut Ketika Sertai Acara Lari Dalam Guni

Artikel Berkaitan: Gadis Cantik Maut Tercekik Muntah Sendiri Ketika Main ‘Fun Fair’

Rebah sebelum meninggal

Memetik laporan The Sun UK, kejadian berlaku ketika pengantin lelaki yang bernama Ashraf Abu Hakam, sedang asyik menari sambil memegang tangan isteri tercintanya.

Ashraf kemudiannya rebah secara tiba-tiba menyebabkan tetamu yang hadir terkejut dan cemas melihat situasi itu.

Menerusi satu video yang tular di aplikasi X, isteri Ashraf dan para tetamu dilihat berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya.

Walau bagaimanapun, Ashraf kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Video

Sumber: The Sun UK, Aplikasi X