berita

Sebulan Nikah, Pengantin Baru Temui Ajal Bersama, Sempat Titip Pesanan Terakhir

December 9th, 2018 | by faris
Kini Trending

Ajal maut tidak akan datang sesaat cepat ataupun lambat. Segalanya telah tertulis untuk kita sebagai hamba-Nya sejak kita di alam roh lagi.

Sepasang suami isteri hanya sempat mengecap hidup berumah tangga hanya untuk sebulan setelah maut dalam satu kemalangan awal pagi tadi.

Pergi selepas sebulan nikah

Pasangan pengantin baru itu, Mohamad Syahmi Emir Mohd Rawi dan Nur Diana Afifah Hasnulhady terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 1.30 pagi semalam di Kilometer (KM) 131.20 Jalan Kuantan-Johor Bahru berdekatan Kuala Rompin.

Turut terkorban adalah sepupu mereka, Yasmin Afiqah Hazemi, serta adiknya, Yasmin Aliah yang juga menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian.

Bapa Mohamad Syahmi Emir, Mohd Rawi Manab, berkata, pasangan itu disatukan pada 8 November lalu dan kebetulan kemalangan maut itu berlaku ketika genap sebulan mereka bernikah.

Mereka berdua sebenarnya baharu lepas menghantar barang keperluan kepada anak bongsunya berusia 20 tahun di Politeknik Muadzam Shah sebelum singgah di Teluk Chempedak di Kuantan untuk bersiar-siar.

Bagaimanapun, ketika mereka mahu pulang semula ke Johor Bahru, kereta Perodua Viva yang dipandu anak saya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres. Sepatutnya saya yang perlu hantar barang berkenan, namun disebabkan ada kerja, dia yang terpaksa gantikan saya.

Masa kejadian, anak bongsu saya turut mengikuti abangnya untuk balik ke Johor Baharu tetapi menaiki kereta lain.

Hantar barang adik

Tambah Mohd Rawi, Mohd Syahmi dalam perjalanan menghantar barang kepada adiknya di Politeknik Muadzam Shah.

Mereka berdua sebenarnya baharu lepas menghantar barang keperluan kepada anak bongsunya di Politeknik Muadzam Shah sebelum singgah di Teluk Chempedak di Kuantan untuk bersiar-siar.

Bagaimanapun, ketika mereka mahu pulang semula ke Johor Bahru, kereta Perodua Viva yang dipandu anak saya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres. Sepatutnya saya yang perlu hantar barang berkenan, namun disebabkan ada kerja, dia yang terpaksa gantikan saya.

Masa kejadian, anak bongsu saya turut mengikuti abangnya untuk balik ke Johor Baharu tetapi menaiki kereta lain.

Pesan padam Facebook

Dalam pada itu, kakak Nur Diana Afifah, Nur Nadira Aifa, berkata adiknya sempat berpesan supaya memadamkan Facebook jika apa-apa berlaku kepada dirinya.

Namun, kami sekeluarga tidak mensyaki apa-apa tetapi saya tidak sangka kejadian seperti ini berlaku kepadanya. Kami sekeluarga reda dengan kejadian ini.

Semua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Seri Pantai, Mersing dalam satu liang lahad petang tadi.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×