berita

Pengarah & 6 Pelakon Utama Filem Master Z: The Ip Man Legacy Terima Anugerah Di Hong Kong

December 24th, 2018 | by Epul
Filem Antarabangsa

Masih ingat lagi filem kung fu Ip Man 3 yang ditayangkan sekitar tahun 2015 yang lalu? Mendapat sambutan hangat, kini Master Z: The Ip Man Legacy yang merupakan spin-off dari francais filem itu pula bakal menemui penonton di Malaysia bermula 25 Disember ini!

Bagaikan rezeki jatuh dari langit, pengedar filem itu, Lotus Five Star menjemput admin untuk menghadiri tayangan perdana filem berkenaan di Cinema JP, Causeway Bay, Hong Kong pada 16 Disember lalu!

Bukan menonton filem saja, admin juga dibawa bertemu pelakon, pengarah, penerbit dan penulis skrip filem aksi itu. Sempat juga admin beramah mesra, menemubual dan bertanyakan beberapa soalan kepada pelakon utama Master Z: The Ip Man Legacy sebelum malam gala!

Sebelum kita jump into perbualan admin bersama pengarah & pelakon, filem ni pasal apa?

Master Z: The Ip Man Legacy berkisar tentang hubungan cinta dan kekeluargaan yang memberi impak kepada keseluruhan jalan cerita. Terdapat juga aktiviti penjualan dadah secara sulit yang mencemarkan nama dan membangkitkan kemarahan penduduk sekitar.

Sejak itu, banyak pertelingkahan berlaku dan puak berpecah-belah menjadikan keadaan huru-hara. Kalau korang nak tau apa yang terjadi dan kesudahan filem Master Z: The Ip Man Legacy, jangan lupa untuk menonton filem berkenaan bermula 25 Disember ini okay!

Yuen (kiri) dan Raymond (kanan)

Master Z: The Ip Man Legacy diarah oleh Yuen Woo-ping dan diterbitkan oleh Raymond Wong bersama bintang aksi Donnie Yen. Kali ini, ia menampilkan Max Zhang sebagai peneraju utama dan bekas peninju WWE, Dave Bautista bersama bintang lagenda Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh.

Selain nama-nama besar yang admin sebut tadi, Master Z: The Ip Man Legacy turut menampilkan pelakon aksi Thailand, Tony Jaa; Liu Yan, Kevin Cheng, Chrissie Chau, Naason, Patrick Tam, Adam Pak, Philip Keung Ho-Man, Anthony Ho dan Stephen Wong Cheung Hing. Fuh, semuanya hebat-hebat kan?

7 anugerah diberikan pada malam gala filem berkenaan sebagai tanda penghargaan

Barisan pelakon, pengarah dan penulis skrip Master Z: The Ip Man Legacy ketika tayangan perdana dan majlis penyampaian anugerah di Cinema JP, Causeway Bay, Hong Kong pada 16 Disember lalu

Cakap pasal pelakon filem Master Z: The Ip Man Legacy, sebanyak 6 orang daripada mereka bersama pengarah filem berkenaan menerima anugerah khas pada malam itu. Ia diberikan sebagai tanda penghargaan atas usaha keras mereka dalam menjayakan filem itu.

Kesemua nama pelakon yang admin sebut tadi hadir pada malam itu, di samping Timbalan Pengarah Perdagangan dan Biro Pembangunan Ekonomi JP serta Ahli Dewan Undangan Ma Fengguo SBS JP, Dr Chen Baili.

Pengarah papar keunikan Hong Kong ketika tahun 1950-60an, memang mengimbau nostalgia!

Dari kiri; Max, Yuen dan Raymond

Pengarah, Yuen Woo-ping dan peneraju utama filem Master Z: The Ip Man LegacyMax Zhang masing-masing menerima anugerah ‘Wu Xing Zheng Dat’ atau ‘the strongest on earth‘ oleh Tan Sri Michelle Yeoh menerusi penerbit, Raymond Wong.

Bagi admin, beliau memang layak menerima anugerah itu. Sebab, setiap babak lawan dalam Master Z: The Ip Man Legacy dihasilkan sendiri oleh beliau tanpa penggunaan teknologi CGI. Paling unik, setiap babak lawan memaparkan papan tanda yang melambangkan keunikan Hong Kong ketika tahun 1950-60an.

Max (kiri) dan Michelle (kanan)

Ketika ditanya media Malaysia babak mana yang menjadi kegemarannya, jawapannya sudah tentu ketika Max berlawan di udara dan bersama Michelle di atas meja bar dengan hanya menggunakan 4 tangan saja.

Semua aksi lawan dilakukan tanpa stunt man – Max

Max Zhang

Bagi Max pula, beliau sememangnya layak menerima anugerah itu kerana setiap babak lawannya bersama Michelle dilakukan tanpa stunt man! Malah, beliau juga mahir mengendalikan kepantasan Michelle bermain pisau, Tony yang agresif dan kekuatan Dave.

Max (kiri) dan Naason (kanan)

Tidak hairanlah, kerana sebelum ini Max masuk dalam industri filem pun bermula dari team produksi Yuen dengan menjadi stunt man, kemudian menggalas tanggungjawab sebagai pengarah seni mempertahankan diri. Kini, beliau sudah mendapat kepercayaan Yuen untuk menggambarkan watak sebenar Master Z.

Kevin buktikan kebolehan sebenar

Kevin (kiri) dan Chrissie (kanan)

Penerima anugerah seterusnya yang berjaya membuktikan kebolehan sebenar beliau dalam dunia lakonan, Kevin sangat berpuas hati dengan prestasinya dalam Master Z: The Ip Man Legacy. Katanya, pengarah sudah meletakkan harapan tinggi padanya dan beliau perlu melakukan sehabis baik.

“Saya terpaksa menampar Chrissie beberapa kali pada hari pertama penggambaran kerana pengarah tidak berpuas hati. Biarpun saya ada pengalaman luas dalam ‘menampar’ orang, ternyata apa yang saya lalui dulu jauh lebih beza berbanding watak dalam filem ini. Namun, latihan demi latihan saya berjaya membuktikan kebolehan,” katanya.

Jadikan Michelle Yeoh sebagai idola

Chrissie (kiri)

Watak gadis bar dalam Master Z: The Ip Man Legacy yang dimainkan Chrissie juga bukan calang-calang selepas menerima ‘most sorrowful award‘ pada malam itu.

Tidak hairanlah, beliau menjadikan Michelle sebagai idola dan teringin mengikut jejak langkahnya suatu hari nanti. Babaknya juga memberi kesan kepada penonton apabila beliau banyak terbabit dengan aktiviti penjualan dadah dan kerap dipukul Kevin.

Patrick (kiri)

Pelakon seterusnya, Patrick menerima ‘talk back award‘ pada malam itu selepas berkawan rapat dengan Kevin dalam Master Z: The Ip Man Legacy. Beliau memegang karakter sebagai seorang yang menepati janji dan sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan duit, biarpun terpaksa mencederakan orang sekeliling.

Alami slipped disc akibat pukulan bertubi-tubi, tapi penggambaran tetap diteruskan

Naason (kiri) dan Anthony (kanan)

Dua anugerah terakhir, ‘most defense and attack award‘ dan ‘gone through a lot‘ masing-masing diberikan kepada Naason dan Anthony Ho. Kata Naason, beliau mengalami slipped disc di leher selepas ditumbuk tanpa sengaja oleh Dave Bautista. Namun, ia tidak menghalangnya untuk meneruskan sesi penggambaran.

Dave Bautista

Anthony pula berkongsi, beliau adalah antara pelakon yang paling banyak menerima pukulan sepanjang penggambaran. Paling tidak boleh dilupakan apabila Kevin menamparnya beberapa kali dan Dave menumbuknya dengan sekuat hati.

“Lebam pada saya adalah perkara kecil, jika hendak dibandingkan dengan slipped disc yang dialami Naason,” katanya.

Jom tonton Master Z: The Ip Man Legacy di pawagam berdekatan bermula 25 Disember ini!

Amacam? Power tak power filem Master Z: The Ip Man Legacy ni? Langsung tak guna teknologi CGI, stunt man sampai pelakon sendiri cedera dan mengalami sakit teruk! Admin betul-betul respek!

Max Zhang & Kevin Cheng ada pesanan untuk korang!

 

Korang tunggu apa lagi? Jom booking tiket sekarang untuk menonton Master Z: The Ip Man Legacy bersama kawan-kawan dan keluarga di pawagam berdekatan. Mulai hari ini, kita respek filem Hong Kong okay!

Terima kasih Lotus Five Star bawa admin ke tayangan perdana filem ini dan bertemu pelakon, penulis skrip serta pengarah Master Z: The Ip Man Legacy!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×