berita

Pengarah Mentega Terbang Nafi Persenda Islam, Mahu Zabidi Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

March 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila filem ‘Mentega Terbang’ didakwa mengandungi unsur-unsur yang memainkan sentimen agama.

Artikel berkaitan: Jakim Sah Filem Mentega Terbang Bertentangan Akidah, Firdaus Karim Serah Kepada Pengarah & Penerbit Untuk Beri Komen

Susulan itu, penerbit, pengarah dan penulis skrip filem tersebut telah mengemukakan notis tuntutan kepada penulis, Zabidi Mohamed supaya memadamkan kenyataan yang mengaitkan filem itu sebagai mempermainkan dan mempersenda agama Islam.

Nafi persenda Islam

Menerusi laporan Harian Metro, mereka menuntut Zabidi membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan fitnah yang dibuat terhadap pasukan ‘Mentega Terbang’.

Pengarah dan penulis skrip, Mohd Khairi Anwar Jailani berkata, tindakan itu diambil susulan penulisan Zabidi di Facebook yang mendakwa filem tersebut telah menghina, meremeh, merendah-rendahkan, memperleceh, menodai dan mempersendakan agama Islam.

Kami merujuk kepada kenyataan-kenyataan dibuat Zabidi Mohamed di laman Facebooknya masing-masing pada tarikh 25 Februari, 2 Mac dan 3 Mac yang tersebar secara meluas sejak beberapa hari lalu.

Selain Khairi, empat lagi individu yang terbabit dalam penghasilan filem Mentega Terbang iaitu Tan Meng Kheng, T Arjun, R Vishnuvarman dan Ti-Teng Hui turut menafikan sebarang dan semua bentuk dakwaan bahawa filem itu sama sekali berusaha untuk menghujat, mengkufur dan berhasrat untuk mewujudkan budaya murtad dalam kalangan orang Islam seperti didakwa Zabidi.

Untuk itu, kami mengarahkan peguam kami untuk menuntut Zabidi supaya memadamkan kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada kami atas kenyataan fitnah yang dibuat terhadap pasukan Mentega Terbang dan saya sendiri.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×