berita

Pengarah Sendiri Pun Tepuk Dahi…

May 23rd, 2018 | by Amat
Kini Trending

Kali ini drama Mona Lisa lakonan Hafreez Adam dan Zara Zya mendapat perhatian netizen apabila memaparkan fakta yang tidak tepat mengenai X-ray yang mampu memeriksa pesakit hilang ingatan. Rata-rata menganggap drama tempatan seperti ini ‘sampah’ kerana tidak membuat kajian terlebih dahulu.

Bagaimanapun, pengarah drama ini, Shahrul Ezad tampil memohon maaf dan mengakui kecuaian sendiri dalam pembikinan drama tersebut.

‘Yang kau refer penulis skrip itu buat apa?’

Tweet daripada pengguna Nur Aqidah Ajeera mendapat lebih 16,000 perkongsian di laman sosial tersebut.

Ini adalah kesilapan yang tak sepatutnya berlaku. Bila saya rujuk kepada pengarah bersama Uchee Fukada, dia mengaku akan kecuaian. Bila tanya dia ada refer mana-mana nasihat tak sebelum shoot? Dia jawab dia ada rujuk kepada penulis skrip. Sekali lagi saya tepuk dahi sebab yang kau tanya penulis skrip itu buat apa? Dia orang bukannya doktor.

Pengarah Shahrul Ezad berkata perkara tersebut berlaku disebabkan pihaknya tidak meminta nasihat dan rujuk daripada mana-mana ahli dalam bidang perubatan. Drama Mona Lisa ini diadaptasi dari drama Korea, The Women Room.

Akan dijadikan pengajaran

Diorang sendiri pun kadang-kadang tak faham apa yang diorang tulis. Main bantai translate daripada episod asal dari drama Korea.

Walaubagaimanapun, Shahrul Ezad dan ahli produksi yang lain menjadikan isu ini sebagai pengajaran bagi membaiki kelemahan dalam setiap pembikinan naskah.

Kepada penonton saya mewakili seluruh team mohon ampun dan maaf sekiranya dikatakan ambil mudah soal ini.

Sumber: mStar Online

SKIP THIS AD ×