berita

Pengarah Terkenal & Isteri Mati Berlumuran Darah Dalam Rumah

October 17th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pengarah filem, Dariush Mehrjui dan isterinya ditemukan mati selepas ditikam individu tidak dikenali di kediaman mereka, di Tehran, Iran.

Mayat dijumpai anak mereka

Menerusi laporan Abc News, Mehrjui dan isteri, Vahideh Mohammadifar ditemukan berlumuran darah dengan kesan tikaman di leher.

Mayat kedua pasangan suami isteri itu dijumpai anak mereka, Mona Mehrjui yang pulang ke rumah tersebut bagi tujuan menziarahi ibu bapanya itu.

Ujar pihak berkuasa tempatan yang menyiasat insiden tersebut, tidak ada sebarang motif pembunuhan meskipun Vahideh sebelum ini mengadu tentang ancaman bunuh diterimanya di media sosial.

Sekadar info, Mehrjui merupakan graduan University of California dalam pendidikan filem pada tahun 1960. Beliau pernah menerima anugerah Silver Hugo pada penganjuran Chicago International Film Festival 1998 dan Golden Seashell sempena San Sebastian International Film Festival (1993).

Sumber: Abc News

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×