
Meskipun sudah cukup gah sebagai jenama produk berasaskan coklat yang popular, Choco Albab tidak pernah melupakan tanggungjawab sosialnya, malah turut membantu masyarakat dengan membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai.
Artikel Berkaitan: Pengasas Coklat Sambut Baik ‘Lamaran’ Jadi Penaja Rancangan Hiburan
Bantu B40 & M40

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama berkenaan, Said Saiful Fazli Said Aluwi, syarikatnya yang berdaftar di bawah Saudagaar Asia Sdn Bhd (Saudagaar Asia) menyediakan ruang kerjaya bagi mereka yang mencari pekerjaan dengan berniaga secara kecil-kecilan.
Lebih tuntas kami mahu membantu terutama golongan B40 serta M40, suri rumah, orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang kehilangan pekerjaan untuk memulakan perniagaan kecil.
Insya-Allah dengan usaha ini dapatlah membantu golongan itu untuk menjana pendapatan tambahan. Semua ini dalam usaha untuk terus merancakkan ekonomi negara.
Jelas Said lagi, Choco Albab terus mempergiat usaha memperkasa komuniti usahawan kecil, wanita dan belia melalui platform perniagaan yang inklusif.
Ia merujuk kepada pengenalan konsep baharu ‘Open Bonet’ sebagai Choco Albab Joy Station. Konsep yang semakin popular kebelakangan ini disifatkan sebagai penjenamaan semula platform jualan bergerak dengan beberapa penambahbaikan.
Konsep Open Bonet ini asalnya dimulakan secara inisiatif oleh ejen sendiri dan kini mendapat pengiktirafan
serta sokongan daripada ibu pejabat (HQ). Melihat lebih 2,000 ejen menggerakkan inisiatif ini secara berdikari,
kami tampil memperkenalkan pendekatan yang lebih profesional.Semuanya bagi memastikan keseragaman dan kualiti pengalaman pelanggan. Konsep ini juga lebih tersusun dengan prosedur operasi standard (SOP), harga dan menu standard di seluruh negara.
Kami akui pada masa kini, konsep itu sudah popular dan menjadi ikutan. Lalu, ini membuatkan kami di HQ begitu teruja membantu mereka dalam menambah baik usaha sedia ada.
Kami mendengar suara komuniti kami. Inilah masanya untuk membawa gerakan ini ke peringkat seterusnya sebagai alternatif kerjaya dalam ekonomi
gig negara.
Said berkata demikian ketika acara tahunan, Rising Star 2025 kali ketiga yang diadakan di Bangi Avenue Convention Centre, pada 5 Julai lalu.
Kurang kadar pengangguran

Dengan lebih 6 juta rakyat Malaysia terlibat dalam ekonomi gig, Choco Albab Joy Station menawarkan peluang perniagaan yang fleksibel dan mudah diakses.
Sekaligus, ia sesuai untuk suri rumah, pelajar, graduan, dan Gen Z yang mahukan kawalan dalam kehidupan dan kerjaya mereka.
Inisiatif ini juga menyokong aspirasi negara untuk mengurangkan kadar pengangguran selain kadar jenayah kecil, mewujudkan ekonomi berbentuk ‘diamond’, memperkukuh kelompok M40 dan B40.
Tak ketinggalan memberi peluang kepada golongan wanita dan ibu yang tinggal di rumah untuk menjana pendapatan.
Dengan pendekatan mesra digital, perniagaan ini sangat sesuai untuk generasi muda yang berfikiran usahawan dan berdikari.
Tambah Said, pihaknya turut menerima beberapa komen dari pengguna yang bercampur baur.
Ada yang mengatakan rasa air coklat dari beberapa usahawan kami jual sedap dan sebaliknya. Malah ada peniaga lain pula jual kurang rasa.
Jadi kami di HQ mengambil maklum dalam menyelaraskan resepi bancuhan air coklat dengan mengadakan kursus bimbingan secara percuma kepada usahawan.

Pada majlis sama, jenama itu turut melancarkan keluaran produk baharunya, minuman Choco Albab Belgian Mocha iaitu satu minuman premium berasaskan koko Belgian yang dirumus khas untuk gaya hidup moden dan citarasa mewah.
Kata Said, produk serbuk minuman Choco Albab Belgian Chocolate sebelum ini mendapat sambutan hangat di kalangan penggemar coklat dan berjaya menembusi pasaran Asia.
Kita mendapat banyak cadangan dari pengguna yang ingin minuman coklat dan kopi, jadi kali ini kita keluarkan pula dengan campuran kopi premium untuk belgian mocha.
Ia mengandungi 33 peratus koko Belgian premium, diformulasi tanpa gula putih dan menggunakan pemanis rendah kalori (sucralose). Menariknya produk ini juga mesra vegan dan laktosa-intoleran.
Lebih manis, pada majlis berkenaan juga, seramai 3000 ejen dari seluruh negara hadir untuk menerima anugerah, menyaksikan pelancaran produk terbaru, dan mengikuti pengumuman hala tuju baharu daripada pihak HQ dalam usaha menyokong semangat keusahawanan rakyat Malaysia.
Untuk rekod, Choco Albab kini memiliki lebih 95,000 usahawan dibawahnya di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.








![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)