
Usahawan dan pengasas jenama Rissa Skin, Nurul Syaheera berdepan detik cemas apabila sebahagian pejabat dan gudang stoknya terlibat dalam satu kebakaran pada Selasa.
Artikel Berkaitan: Amira Othman Tangguh ‘Terbang’ Ke Korea, Maam Nurul Minta Berehat Dahulu – ‘Bukan Kita Minta Ini Berlaku’
Separuh office, stock terbakar

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Syaheera menjelaskan bahawa kebakaran tersebut berlaku pada waktu pagi ketika pekerjanya sedang sibuk menguruskan pesanan pelanggan yang mencecah lebih 10,000 bungkusan.
Separuh office dan stock terbakar. Bayangkan order tengah laju asbab launching 1.5 tambah lagi 5.5 semalam lebih 10k parcel tapi Allah maha mengetahui pagi semalam 8am office level 2 kami terbakar hampir ke semua stock di belakang hangus.
Namun tindakan pantas mereka menghubungi pihak bomba membolehkan api dikawal sekali gus mengelakkan kerosakan yang lebih besar. Bagaimanapun, stok yang disimpan di bahagian belakang aras dua hangus dijilat api.
Nasib baik berlaku pagi, staff dah sampai dan perasan ada api terus call bomba dan bomba datang tak sampai 15 minit terus padam api dengan cepat.
Tak terbayang kalau berlaku waktu malam. Ni pun Allah dah tolong banyak sangat.
Meskipun berdepan dengan kerugian, Syaheera menganggap insiden ini sebagai satu ujian dan percaya ada hikmah di sebaliknya.
Allah dah bagi banyak, Allah uji sikit je ni. Insyallah ada yang lebih akan datang. Hidup maam ni dari dulu lagi ada ujian mesti Allah selit hadiah di penghujungnya.
Hopefully kali ni Allah sedang menyediakan yang sesuatu lebih indah.
Sumber: Instagram Nurul Syaheera





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

