
Pempengaruh terkenal Amerika Syarikat, James Charles telah memberi ulasan yang rendah kepada jenama tempatan, NIMS Crispy Choco Tub menerusi video yang dimuat naik di YouTube pada 2 Ogos lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peniaga Dikecam Buang Doh Setiap Kali Selepas ‘Show’ Roti Canai Terbang – ‘Tak Baik Buang Makanan Bang’
Artikel Berkaitan: 20 Tahun Meniaga Nasi Ayam RM1.90, Peniaga Teruk Dikecam Sebab Naik Harga Jadi RM3
Selera tak sama

Menurut James, dia memberi markah tiga daripada 10 kerana mendakwa rasa coklat kurang memuaskan selain tidak mengesyorkan orang lain untuk merasa.
Tidak tersinggung dengan komen itu, Pengasas NIMS, Tengku Norhanim Tengku Othman, berkata dia terbuka menerima setiap kritikan yang diberikan oleh pelanggan.
Tak semua tekak sama. Biasalah kalau ada yang tak suka. Tapi ramai rakyat Malaysia bagi rating 10/10 untuk NIMS. Kita sudah tembus pasaran 18 negara, termasuk Amerika Syarikat (AS).
Saya percaya kepada Bad Marketing, Big Impact. Jadi saya okey saja dan tak ambik hati dengan ulasan dia.
Kata Hanim, secara tidak langsung produknya telah mendapat publisiti percuma dan perhatian antarabangsa.
Malah, Hanim ingin menghantar satu set kombo khas untuk James selain menyuarakan hasrat untuk berkolaborasi bersama.
Kalau dia terkenal dengan gambaran bersifat ‘fruity’, kami pula penuh warna-warni! Mana tahu James boleh reka kombo ikut citarasa dia.
Pembungkusan pun biar dia boleh pilih dan tentukan. Mana tahu boleh wujud kolaborasi NIMS X James Charles.
Terima kasih bagi komen jujur

Dalam pada itu, Hanim yang menjalankan perniagaan bersama suaminya Faiz Hussamuddin sejak 2019, turut mengucapkan terima kasih kepada James kerana sudi merasa produk keluarannya serta jujur dalam memberi ‘feedback.’
Bukan mudah kita nak pelawa atau minta selebtiti mahupun individu terkenal mencuba produk ini. Jadi sebab itu, dari kerendahan hati yang dalam, kami amat berterima kasih dan berbesar hati dengan publisiti percuma diberikannya.
Terima kasih untuk kesempatan dan masa yang amat indah buat kami. Tambah pula, kita tahu dia sangat energetik, penuh jenaka dan paling penting jujur dalam memberikan komen.
Walaupun boleh makan hati dengan komen jujurnya, tapi itu sama sekali tidak pernah mematahkan semangat kami.
Malah, kami lebih memikirkan dari sudut lebih luas untuk melakukan sesuatu yang berbeza dengannya.
Sebelum ini, James memuat naik video ulasan pelbagai snek, makanan dan manisan termasuk produk NIMS Crispy Choco Tub di saluran YouTube miliknya pada 2 Ogos lalu.
Ketika artikel ini ditulis, video bertajuk ‘Mencuba Makanan Snek Viral dari Kedai TikTok’ mendapat lebih 22,000 tanda suka dengan tontonan melebihi 700,000.
Saya sudah tunggu lama untuk merasai produk tular ini (NIMS Crispy Choco Tub). Pelik juga bagaimana bijirin ini masih rangup biarpun sudah dilimpahi coklat di dalam bekas.
Selepas merasainya, saya nilai kualiti coklat tidak bagus dan kurang ‘kick’. Namun, bijirin rasa sedap dan masih rangup .Suapan pertama snek ini saya kira sedap. Bagaimanapun suapan seterusnya, jadi rasa pelik.
Pelik juga kenapa produk ini boleh tukar. Saya takkan mengesyorkan produk ini kepada orang lain. Jadi saya beri markah tiga daripada 10.
Untuk rekod, jenama produk NIMS pernah mendapat pengiktirafan hebat antaranya Nona Best Crispy ChocoTub Award dalam Nona Superwoman Award 2022, The Best Brandlaureate, Top 500 Trusty Brand Award (Majlis Tindakan Pengguna), AWEN AWARD (Asean Women Enterpreneur Network), IKSNITA Award (Women Young Enterpreneur), Bumiputera Business Excellence Award (BBEA) serta The 100 Top Young CEO.
Produk ini juga dihasilkan di kilang bertaraf antarabangsa dengan sijil Halal dan mendapat pengiktirafan IS02200.
Sumber: YouTube







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
