
Seorang pengasas jenama minyak wangi tempatan didakwa terpalit dengan dakwaan gangguan seksual terhadap pekerjanya.
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Saksi Wanita Jadi Mangsa Gangguan Seksual Di Pusat Rawatan
Gangguan seksual?
Dakwaan tersebut timbul selepas akaun Threads Edisi Siasat berkongsi hantaran yang menggesa mana-mana individu mempunyai maklumat berkaitan perkara itu tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Betul ke ada dakwaan membabitkan seorang founder jenama lokal perfume yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap stafnya?
ES (Edisi Siasat) dapat korek yang founder brand ini pernah taja seorang peninju tempatan. ES dapat bau-bau ada yang ‘most wanted’ dalam kalangan mereka ini.
Dalam hantaran sama, Edisi Siasat turut menyeru mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan dakwaan tersebut supaya tampil membuat laporan melalui saluran yang sewajarnya.
ES menyeru kepada mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan dakwaan gangguan seksual melibatkan founder perfume tempatan itu untuk tampil buat laporan.
Jangan biarkan ketakutan, tekanan atau pengaruh seseorang menjadi sebab kebenaran terus disimpan. Jika benar berlaku, biarlah segala bukti dibawa ke saluran yang betul dan pihak berkuasa jalankan siasatan.
Edisi Siasat turut mengingatkan bahawa status, pengaruh atau kedudukan seseorang tidak dijadikan alasan untuk menghalang mangsa daripada mendapatkan keadilan sekiranya berlaku sebarang salah laku.
Jangan fikir duit, nama besar atau kedudukan boleh menjadi pelindung selama-lamanya. Tiada siapa berada di atas undang-undang. Demi keselamatan generasi akan datang, suara mangsa perlu diberi ruang dan keadilan.
Bagaimanapun, setakat ini dakwaan berhubung gangguan seksual tersebut masih belum disahkan dan identiti pengasas berkenaan juga tidak didedahkan secara rasmi.
Sumber: Threads