berita

Pengasas Rumah Bonda Fail Permohonan Hak Jagaan Semula 5 Anak Angkat

August 5th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Foto Kredit : Harian Metro

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai seorang remaja perempuan kelainan upaya (OKU) Sindrom Down yang dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

Artikel berkaitan : Permohonan Reman Ditolak, Pengasas Rumah Bonda Dibebaskan

Artikel berkaitan : Pemilik Rumah Bonda Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Penderaan Adik Bella

Artikel berkaitan :Rumah Bonda Disita, Pengasas Dakwa Adik Bella Degil, Luka Sebab Tertumpah Air Panas?

Terbaharu, pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun Ahd Razali memfailkan permohonan untuk mendapatkan semula anak angkatnya.

Failkan permohonan perintah jagaan

Sekadar gambar hiasan

Siti Bainun bersama empat lagi ibu kandung anak angkatnya telah memfailkan permohonan perintah jagaan sementara terhadap lima anak angkatnya menerusi notis secara bersama di Mahkamah Majistret pada 2 ogos lalu.

Kini, lima anak angkatnya berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan permohonan berkenaan telah dibatalkan serta-merta di bawah Seksyen 30 (13)(c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Di dalam permohonan berkenaan turut dinyatakan bahawa permintaan tersebut adalah daripada keluarga kandung kanak-kanak terbabit yang ingin hak jagaan diberikan kepada Siti Bainun.

Dua daripada lima anak jagaan merupakan Sindrom Down

Sekadar gambar hiasan

Menurut peguam mewakili kesemua pemohon, Nur Aminahtul, pendengaran permohonan berkenaan sepatutnya berlaku pada hari ini kerana pihaknya telah memfailkan perakuan segara.

Bagaimanapun, pihak JKM tidak bersedia dan mahu membalas afidavit yang difailkan pihak kami.

Jadi mahkamah menetapkan satu tarikh lain (14 September) untuk pendengaran permohonan.

Ujarnya lagi, dua daripada lima anak jagaan yang dituntut berkenaan merupakan Sindrom Down dan kelima-lima anak jagaan tersebut berusia antara dua hingga 16 tahun.

Pihak kami juga telah membuat permohonan interim untuk Siti Bainun mendapatkan akses kepada lima anak ini kerana beliau tidak pernah diberi akses kepada mereka sejak diambil pihak JKM pada 16 Julai lalu.

Pada hari ini, mahkamah mengeluarkan perintah untuk membenarkan Siti Bainun mengakses lima anak angkatnya melalui panggilan video, penghantaran lampin pakai buang, susu untuk anak Sindrom Down dan peranti untuk dua anak yang bersekolah bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×