berita

Pengasuh Taska Dakwa Dikasari Bapa Budak, Buat Laporan Polis

August 11th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pengasuh Dipukul Bapa Mangsa

Beberapa hari yang lalu, tularnya video memaparkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang didera oleh seorang pengasuh ketika makan di sebuah taska.

Artikel Berkaitan: Bapa Tak Sanggup Lihat CCTV Anak Didera Pengasuh Taska, Dipukul Berkali-Kali Ketika Makan

Bapa pula serang pengasuh

Pengasuh Dipukul Bapa Mangsa

Terbaharu, tular pula satu lagi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan pengasuh tersebut diserang dan dipukul oleh dua orang individu yang dipercayai merupakan ibu dan bapa kepada mangsa.

Video yang berdurasi selama satu minit 58 saat itu mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya di media sosial.

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis kini membuka kertas siasatan susulan video yang tular itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, terdapat tiga laporan yang dibuat berhubung kejadian tersebut.

Difahamkan, satu laporan dibuat oleh bapa mangsa manakala dua lagi dibuat pengusaha taska serta pengasuh berusia 27 tahun yang mendakwa mereka dikasari.

Dua kertas siasatan dibuka iaitu mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Tambah Mohd Zaidi lagi, kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan akan dibuka terhadap lelaki berkenaan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat.

Terdahulu, seorang pengasuh wanita yang berusia 27 tahun ditahan polis pada pagi Khamis dan direman selama tujuh hari bagi tujuan membantu siasatan.

Ia susulan tularnya video dirinya menampar, menendang serta menarik rambut seorang kanak-kanak ketika sedang makan di sebuah taska.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×