berita

Pengecas Telefon Terbakar & Meletup, Wanita Melecur Tahap 1 & 2

June 21st, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita warga Singapura yang menetap di Melbourne, Australia melecur tahap pertama dan kedua di tangannya selepas pengecas telefon terbakar ketika dia sedang menggunakannya.

Pengecas telefon terbakar

Kejadian berkenaan berlaku ketika mangsa yang berusia 51 tahun itu dikatakan sedang membuat panggilan video bersama rakannya sebelum dia mendapati bahawa bateri telefonnya hampir habis. Dia kemudiannya terus mengecas telefon bimbitnya dan meninggalkan di atas sofa.

Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba pengecas berkenaan meletup lalu terbakar. Wanita terbabit telah menggunakan tangan kanannya untuk memadam api yang terbakar pada bahagian atas lengan bajunya serta baju sejuk yang dipakai olehnya itu.

Panik dengan situasi berkenaan, dia bertindak menggunakan cadar untuk membalut telefon bimbit dan pengecas itu lalu mengambil botol air anak perempuannya dari atas meja sebelum menggunakan air terbabit untuk memadamkan api.

Dalam pada itu, dia turut mencampakkan barang elektroniknya itu ke dalam bilik air sebelum menghidupkan pancuran mandian untuk memadamkan api sepenuhnya. Selepas berjaya memadamkan, wanita terbabit mendapati terdapat kesan melecur di tangan kirinya.

Melecur tahap 1 dan 2

Susulan daripada itu, anak perempuannya bertindak menyapu ubat dan membalut tangannya sebelum mendapatkan rawatan lanjut pada keesokan harinya.

Doktor beritahu bahawa saya mengalami luka melecur tahap satu dan dua. Tangan saya masih berbalut dan perlu menunggu sehingga kecederaan ini beransur pulih. Saya kena pastikan kesan lecur ini bebas daripada sebarang jangkitan.

Tangan saya melecur tapi saya bersyukur sebab muka dan rambut saya masih kekal dan tak terjejas. Jika tidak, kecederaan saya akan jadi lagi teruk.

Tambahnya lagi, dia turut bimbang tentang sofanya atau lebih teruk lagi seleruh apartmennya mungkin akan terbakar kalau tidak bertindak dengan segera. Difahamkan, pengecas yang digunakan mangsa itu adalah hadiah yang diberi oleh rakannya.

Sumber : Mothership

SKIP THIS AD ×