berita

Pengecilan Operasi Media Prima, Kakitangan Terlibat Akan Terima Pampasan Penuh

December 16th, 2019 | by Wan
Kini Trending

November lalu Media Prima Berhad mengumumkan akan melaksanakan transformasi perniagaan yang akan merangkumi perubahan model perniagaan dan pengstrukturan semula dalaman.

Pengumuman penstrukturan semula dalaman yang dibuat Media Prima itu bagi membolehkan kumpulan berkenaan lebih berdaya saing dan mampan di masa hadapan berikutan suasana makro ekonomi yang tidak menentu dan gangguan perubahan lanskap media global.

Pelan rasionalisasi tenaga kerja

Terbaru, menerusi satu kenyataan, Media Prima akan memulakan pelaksanaan pelan rasionalisasi tenaga kerja yang merupakan sebahagian daripada fasa transformasi peniagaan seterusnya seperti yang diumumkan pada 1 November 2019.

Struktur operasi baharu serta senarai nama kakitangan yang terlibat telah ditentukan selepas beberapa sesi perundingan dengan Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (“KSKSTMB”), Kesatuan Eksekutif Sistem Televisyen Malaysia Berhad (“KESTMB”), Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (“NUJ”) Cawangan NSTP dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar (“NUNW”) Cawangan NSTP.

Bayaran pampasan penuh

Notifikasi rasmi telah diberikan kepada semua kakitangan yang terlibat pada 16 Disember 2019 manakala pembayaran pampasan akan dibuat secara penuh selepas proses dalaman dan kawal selia (regulatory) selesai. Media Prima juga akan memastikan pampasan yang adil dan saksama seperti tertakluk di bawah Akta Kerja, perjanjian bersama kesatuan masing-masing dan kontrak pekerjaan.

Khidmat sokongan kepada kakitangan termasuk perkhidmatan penempatan keluar (outplacement) dan kaunseling kerjaya juga akan disediakan kepada mereka yang terlibat.

SKIP THIS AD ×