berita

Penggal Kepala, Makan Otak Mangsa Dengan Nasi, Kes Pembunuhan Kejam Di Filipina Jadi Perhatian

December 6th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Di Filipina, seorang lelaki di wilayah Misamis Oriental ditahan oleh pihak polis selepas didakwa memenggal kepala seorang wanita dan telah memakan otaknya. Lelaki yang dikenali dengan nama, Lloyd Bagtong merupakan suspek utama dalam pembunuhan wanita tersebut.

Dipenggal dengan batang besi

Menerusi laporan Inquirer, suspek dikatakan telah melihat seorang wanita berhampiran tanah perkuburan dan memukulnya dengan batang besi sebelum memenggalnya menggunakan ‘sanggot’ iaitu alat yang seakan sabit dan berfungsi untuk memotong rumput.

Ketua Polis Talisayan, Maribeth Ramoga berkata, mayat mangsa yang separuh bogel itu kemudian ditemui kira-kira empat kilometer dari rumah suspek. Mangsa dijumpai dalam keadaan tanpa kepala dan kedua-dua tangannya diikat.

Susulan itu, Daily Tribune turut melaporkan suspek walau bagaimanapun cuba melarikan diri dari lokasi kejadian selepas penduduk setempat menyedari tindakannya itu.

Makan otak mangsa

Pihak polis juga turut menjumpai pakaian dengan kesan darah di rumah Bagtong dan dipercayai digunakan untuk membawa kepala mangsa dari tempat pembunuhan sebelum bertindak memakan otak wanita tersebut.

Suspek berkata dia membunuh mangsa kerana dia bercakap dalam bahasa Inggeris. Ia mungkin menjengkelkan suspek.

Ketika disoal siasat, suspek memberitahu pada ketika itu dia berasa sangat lapar sehingga membuatkan dia bertindak memakan otak mangsa dengan nasi yang dimasaknya. Selepas mengambil otak tersebut, suspek kemudian mencampakkan tempurung kepala mangsa ke dalam lubang tidak jauh dari rumahnya.

Sementara itu, berdasarkan keterangan yang diambil daripada mereka yang mengenali Bagtong, Ramoga berkata suspek berkemungkinan mengalami masalah mental. Bagtong kini berada dalam tahanan polis dan menunggu kes pembunuhan difailkan terhadapnya.

Sumber: Inquirer, Channel News Asia, Daily Tribune

SKIP THIS AD ×