berita

Pengganas Siar Live Ketika Serang Masjid, Ini Respon Perdana Menteri New Zealand

March 15th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sebuah video berdurasi 0:44 saat telah tersebar di laman sosial menunjukkan seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke dalam masjid. Insiden yang berlaku di Christchurch, New Zealand itu menyebabkan sejumlah besar mangsa terbunuh.

Lepaskan tembakan sambil live Facebook

Individu tersebut dikatakan telah membuat serangan sambil live streaming di Facebook tanpa belas kasihan. Astro Awani melaporkan, saksi kejadian melihat seorang lelaki masuk ke Masjid Al Noor Christchurch pada jam 1.45 tengah hari sebelum melepaskan puluhan das tembakan.

Dia kemudiannya dilihat keluar dari masjid lalu menjatuhkan senjata dan berlalu pergi.

Saya lihat mayat di sana sini. Ada tiga di satu lorong, di pintu masuk masjid, dan di dalam masjid. Semacam tidak percaya ini boleh berlaku.

Saya tak faham bagaimana orang boleh melakukan sebegini kepada orang lain. Ia tidak masuk akal.

Tambah Peneha lagi, lelaki tersebut berkulit putih dan memakai topi keledar seakan-akan anggota militari.

Respon Perdana Menteri New Zealand

Sementara itu, Presiden New Zealand, Jacinda Ardern menyifatkan kejadian yang berlaku di Christchurch adalah keganasan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Katanya lagi, kebanyakan mangsa adalah ahli komuniti migran dan New Zealand adalah rumah mereka.

Tambahnya, individu yang melakukan keganasan ini tiada tempat di sini. Kepada penduduk Christchurch, Jacinda menasihatkan agar berada di dalam rumah dan mematuhi arahan yang dikeluarkan polis.

Respon polis New Zealand

Police New Zealand memaklumkan kesemua sekolah di Christchurch ditutup dan orang ramai dinasihatkan agar tidak berada di jalanan dan melaporkan sebarang tingkah laku yang meragukan.

Polis juga telah bersiap sedia untuk mengawal situasi di mana risikonya terlalu tinggi.

Polis juga memohon agar orang awam tidak menyebarkan video tembakan. Mereka sedang berusaha untuk memadam video tersebut daripada intenet.

Terbaru, seorang rakyat Malaysia disahkan cedera di dalam kejadian tembak di Christchurch, New Zealand. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington melaporkan mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital.

Sumber : Astro Awani , NZ Police 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×