berita

Penghantaran Makanan Kini Lebih Selamat bersama Program Rakan Penghantar oleh ShopeeFood

November 11th, 2022 | by Aliff Haikal
Kini Trending

Sudah menjadi norma dalam hidup untuk membeli-belah di platform e-commerce melalui telefon pintar kerana ia memudahkan kehidupan seharian kita. Tambahan pula, sejak Shopee memperkenalkan ShopeeFood, kesibukan dan kesuntukan masa kini bukan lagi menjadi masalah kerana platform ini memudahkan kita untuk memesan makanan secara dalam talian.

Tapi tugas menghantar makanan ataupun P.Hailing ini bukan satu tugas yang mudah dan menunggang motosikal atas jalan raya mampu menimbulkan pelbagai ancaman kepada rider.Oleh sebab itu, Shopee menganjurkan program perintis Rakan Penghantar, di mana penghantar ShopeeFood kini mempunyai akses pengajian formal mengenai keselamatan jalan raya serta tindak balas kecemasan dan amalan kecemasan.

Jom kita tengok bagaimana kementerian dengan agensi kerajaan mendidik rakan penghantar makan dalam menjaga keselamatan serta mematuhi undang-undang jalan raya!

Program perintis Rakan Penghantar memastikan amalan keselamatan dan kemahiran kecemasan dapat mengurangkan insiden jalan raya!

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Azlan Shah Bin Al Bakri, Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bersama pihak Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) pada 8 November lalu.

Seramai 100 orang penghantar ShopeeFood dari Selangor menyertai program ini bagi menjayakan objektif utama Rakan Penghantar iaitu mendidik rakan penghantar makanan tentang keselamatan di jalan raya.

Latihan tambahan turut diperkasakan bukan hanya amalan keselamatan sahaja tau, tapi dengan kemahiran kecemasan untuk mengurangkan insiden di atas jalan raya.

Bengkel lengkap tentang kepentingan keselamatan di jalan raya!

Sebanyak lima sesi bengkel Rakan Penghantar diadakan dan bengkel ini dikendalikan di MIROS oleh pelatih berpengalaman dari MIROS dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Wow!

Menurut Ketua Pemasaran ShopeeFood Malaysia, Kwa Yin Leng, “ShopeeFood berbesar hati untuk memulakan program pendidikan ini dikhaskan untuk rakan penghantar makanan yang menunggang motosikal beratus kilometer setiap hari untuk memastikan makanan disampaikan kepada pelanggan,

Menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakan penghantar makanan ialah keutamaan tertinggi kami. Bengkel ini membantu memperkasakan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjaga keselamatan diri sewaktu kerja,” katanya.

Bukan itu sahaja, setiap sesi bengkal dikendalikan selama empat jam dan menerima 20 rakan penghantar ShopeeFood. Modul disediakan menekankan tiga hal utama meliputi topik-topik seperti:

  • Definisi, faktor kemalangan jalan raya
  • Analisis risiko penunggang motosikal dan keperluan kecekapan penunggang motosikal
  • Persepsi bahaya dan latihan analisis situasi
  • Kaedah menunggang selamat untuk motosikal
  • Rutin pemeriksaan motosikal
  • Posisi menunggang selamat
  • Prestasi brek kecemasan penunggang motosikal
  • Pengurusan situasi kecemasan dan kerosakan motosikal di jalan raya
  • Latihan pertolongan cemas untuk situasi kecemasan di jalan raya.

Penunggang ShopeeFood yang menghadiri bengkel tersebut juga akan menerima insentif tambahan dari ShopeeFood termasuk pek permulaan penuh peralatan dan baucar.

SKIP THIS AD ×