berita

Penghantaran Selebriti, Gold McNuggets Percuma, Promosi Karnival McDelivery 2022 Kali Ni Best Gila!

January 6th, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Dah masuk tahun baru 2022 la guys! Banyak perkara yang telah kita tempuh selama ni. Korang pun mesti dah ada azam baru untuk dicapai tahun depan. Kami harap azam tahun 2021 korang pun terlaksana la hendaknya.

Macam mana nak mulakan tahun baru ni dengan lebih seronok? Semestinya bersama McDonald’s la! Lebih-lebih lagi, McDonald’s yang terkenal dengan perkhidmatan McDelivery  ni ada sesuatu yang istimewa untuk korang sempena tahun baru 2022!

Karnival McDelivery 2022 datang dengan pelbagai promosi menarik!

Surprise! Bagi meraikan tahun 2022 yang semakin dekat dengan kita, McDonald’s dah buat keputusan untuk mengadakan Karnival McDelivery 2022. Lagi seronok la korang nak pesan guna McDelivery nanti!

Bayangkan korang duduk goyang kaki kat rumah pun boleh enjoy pelbagai promosi menarik yang ada. Syok kan? Buat semua peminat McDonald’s, ini antara tawaran hebat yang patut korang grab sempena Karnival McDelivery 2022.

Promosi mingguan yang korang takkan boleh tolak langsung!

Tak kisah la korang craving menu apa pun di McDonald’s, kami yakin promosi mingguan ni mesti korang nak rebut punya. Meh tengok apa promosi mingguan menarik yang ada sempena Karnival McDelivery 2022. Tergoda betul tengok ni haih!

Minggu 1 & 2 (1 – 15 Januari)
Gunakan kod ‘COKEZERO’ apabila memesan sebarang hidangan 2pc Kombo Karnival*, dan dapatkan 1L Coke Zero secara PERCUMA!

Minggu 3 & 4 (16 – 31 Januari)
Gunakan kod ‘COKEZERO’ dapatkan 1L Coke Zero PERCUMA sambil menikmati DISKAUN 20% untuk menu à la carte terpilih.

Minggu 5 & 6 (1 – 14 Februari)
Gunakan kod ‘FREEMILO’ apabila memesan hidangan 2 pc Kombo Karnival * dan dapatkan 125ml Milo secara PERCUMA!

Minggu 7 & 8 (15 – 28 Februari)
Dapatkan Sundae (perisa coklat atau strawberi) dalam setiap hidangan 2pc Kombo Karnival.

Peluang untuk #SelebHantarMeals daripada selebriti terkenal!

Antara selebriti terkemuka yang bakal buat penghantaran ke rumah korang nanti ialah Alif Satar, Khai Bahar, Zahirah MacWilson, Nabil Ahmad, Aiman Hakim dan Hannah Delisha.

Macam mana nak dapat peluang yang McDonald’s bagi ni?

[LANGKAH 1] Pesan mana-mana Kombo Karnival yang ditawarkan semasa Minggu 1 & 2 dengan McDelivery bermula 1 hingga 11 Januari 2022.

[LANGKAH 2] Letakkan kod selebriti pilihan korang semasa checkout dan penyertaan korang akan dihantar.

[LANGKAH 3] Lebih banyak penyertaan, lebih tinggi peluang untuk menang!

Ketahui lebih lanjut tentang #SelebHantarMeals

Eh, tapi bukan setakat tu je! Ada yang lagi menarik ni..

Pelanggan bertuah akan dapat Gold McNuggets bernilai RM10,000 secara percuma!

Bermula 8 hingga 28 Februari, setiap pesanan melalui McDelivery akan datang dengan pelekat khas ‘peel & win’ di atas bag. Kalau korang bernasib baik, korang akan dapat pelekat ‘Gold McNuggets‘, maksudnya korang dah menang hadiah utama!

Tapi jangan risau. Walaupun korang tak menang Gold McNuggets, korang masih berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti coke dan fries secara percuma tau.

Selain tu, pengguna pertama aplikasi McDonald’s akan dapat penghantaran percuma tau. Kalau korang belum muat turun aplikasi McDonald’s, cepat-cepat muat turun sekarang jugak!

Senang cerita, memang best la promosi McDelivery kali ni. Kami pun tak sabar nak nikmati promosi sempena Karnival McDelivery 2022.

Tunggu apa lagi? Jom pesan McDonald’s secara online. Korang boleh terus ke laman web https://www.mcdelivery.com.my atau gunakan aplikasi McDonald’s ya.

Selamat menyambut tahun baru 2022 bersama McDonald’s!

SKIP THIS AD ×