berita

‘Penglihatan Hampir Sifar & Laluan Sempit’ – Cabaran Penyelam Misi Gua Tham Luang

July 9th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Semalam, media melaporkan seramai 4 orang kanak-kanak mangsa gua Tham Luang telah berjaya dikeluarkan setelah operasi menyelamat dimulakan pada jam 10 lagi. Difahamkan, seramai 13 penyelam antarabangsa, lima penyelam Thailand dan lima penyelam SEAL telah terlibat dalam misi ini.

Artikel berkaitan : 4 Mangsa Remaja Berjaya Dikeluarkan Dari Gua Tham Luang

Mengambil masa 6 jam untuk sampai kepada kanak-kanak tersebut, ini cabaran yang harus dilalui pasukan penyelam.

Tahap penglihatan hampir sifar, ambil masa 6-7 jam

Memetik laporan Astro Awani, Blue World Academy memberitahu penyelam profesional kebanyakannya hanya mempunyai kepakaran menyelam di laut dalam. Bagi operasi ini mereka telah mengambil kelas khas yang mengambil masa 7 hingga 14 hari.

Selain daripada laluan sempit, tahap penglihatan mereka juga hampir sifar disebabkan air lumpur. Untuk sampai kepada mangsa, penyelam mengambil masa selama 6 ke 7 jam.

Perlu iring mangsa sambil bawa tong oksigen

Berdasarkan lakaran yang ditunjukkan oleh kerajaan Thailand, seorang mangsa akan diiringi dua orang penyelam yang memakai topeng penuh berpandukan tali. Dalam laluan sempit, penyelam akan melepaskan tali dari belakang dan perlahan-lahan menggerakkannya sambil membimbing mangsa. Dari ruang tiga gua pula, mereka akan berjalan ke pintu gua.

Kami pasti, misi penyelamat ini antara yang mencabar penah dilalui mereka kerana selain laluan yang sempit. Penyelamat juga perlu membawa satu atau dua tong oksigen untuk kegunaan mangsa.

Sumber : Astro Awani

SKIP THIS AD ×