berita

Pengorbanan Seorang Ibu, Lahir 3 Bayi Kembar Sebelum Temui Ajal

December 6th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan, pengorbanan seorang ibu yang melahirkan memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saat melahirkan itu sebenarnya mereka sedang bertarung nyawa berdepan antara hidup atau mati demi melihat insan tersayang selamat lahir ke dunia.

Terbaru, seorang wanita dari Medan, Indonesia disahkan meninggal dunia beberapa hari selepas dia selamat melahirkan tiga cahaya mata kembarnya. Apa yang lebih meruntun hati apabila ibu ini meninggal dalam keadaan yang tersenyum.

Mengalami pendarahan, sesak nafas

Menerusi laporan Tribun News, wanita yang dikenali sebagai Rahmadina Nasution atau Dina Nasution itu dikatakan telah melahrikan ketiga-tiga bayinya itu secara normal tetapi selepas melahirkan, Dina mengalami pendarahan.

Menurut Ketua Kampung Suka Makmur, Syarif Nasution menjelaskan setelah dirujuk di hospital, Dina kemudian telah dibawa pulang ke rumah. Namun selepas beberapa hari melahirkan, keadaan kesihatannya itu dilihat semakin menurun sehingga menyebabkan dia mengalami sesak nafas dan meninggal dunia di rumah keluarga suaminya, Heri.

Mereka harta paling berharga

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3289250287811758&id=100001804574230&substory_index=0

Sementara itu, menerusi laman Facebook Heri, dia ada memuatnaik satu status dengan meluahkan rasa sedih dengan kehilangan isteri terscinta serta memohon maaf bagi pihak Dina sekiranya isterinya itu ada membuat salah dan silap. Tambahnya lagi, dengan kesempatan itu juga dia turut meminta orang ramai untuk mendoakan supaya dosa isterinya itu diampunkan dan ditempatkan di syurga.

Dalam pada itu, Heri turut memberitahu bahawa dia ada menerima banyak permintaan daripada orang ramai yang berhasrat untuk menjadikan ketiga-tiga cahaya matanya iaitu Khila, Khira dan Khina sebagai anak angkat tetapi permintaan itu ditolak oleh Heri. Baginya, mereka merupakan harta dan anugerah terindah yang ditinggalkan oleh isterinya itu. Tambahnya lagi, dia sendiri akan membesarkan ketiga-tiga orang puterinya seperti apa yang telah diamanahkan oleh Tuhan kepadanya.

Sumber: Tribun News, Facebook

SKIP THIS AD ×