berita

Pengsan Bila Dapat Tahu Bakal Suami Botak, Pengantin Perempuan Batalkan Perkahwinan Saat Akhir

March 11th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Hanya kerana mendapat tahu bahawa calon suaminya berkepala botak, seorang pengantin perempuan di daerah Kanpur, India membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinannya pada saat-saat akhir.

Batal perkahwinan sebab calon suami botak

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Oddity Central, pengantin perempuan terbabit dikatakan enggan berkahwin dengan pengantin lelaki gara-gara dia tidak mempunyai rambut.

Difahamkan, majlis perkahwinan mereka pada awalnya berjalan lancar dengan upacara perarakan pertukaran kalung, namun situasi berubah apabila wanita berkenaan menyedari bahawa calon suaminya sering membetulkan penutup kepala tradisional yang dipakainya.

Susulan daripada itu, dia memberitahu perkara terbabit kepada salah seorang ahli rombongan perkahwinan dan individu berkenaan mengatakan ia mungkin kerana lelaki tersebut memakai rambut palsu.

Setelah mendengar apa yang individu berkenaan berkata, pengantin perempuan kemudiannya bertanyakan hal itu kepada calon suaminya. Apa yang lebih mengejutkan, lelaki tersebut mengaku bahawa dia berkepala botak.

Pengantin perempuan pengsan

Sekadar gambar hiasan

Terkejut mendengar pengakuan calon suaminya, wanita berkenaan pengsan serta-merta dan apabila kembali sedar, dia membuat keputusan untuk tidak meneruskan upacara perkahwinan kerana dia enggan berkahwin dengan lelaki yang tiada rambut.

Walau bagaimanapun, pihak keluarga akur dengan keputusannya untuk membatalkan majlis tersebut dan menuduh keluarga pengantin lelaki menipu mereka.

Dalam pada itu, kedua-dua keluarga telah membuat laporan polis dengan menuduh masing-masin melakukan penipuan. Namun, kes berkenaan ditutup selepas mereka bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.

Sumber : Oddity Central

SKIP THIS AD ×