berita

Pengurus Ditahan Polis Akibat Kes Dadah, Bunga Citra Lestari Tetap Teruskan Konsert Di Singapura

August 8th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pengurus kepada penyanyi terkenal Bunga Citra Lestari iaitu Mohammad Ikhsan Doddyansyah ditahan polis atas dakwaan penyalahgunaan dadah pada Sabtu lalu.

Doddy ditangkap di kediamannya yang terletak di Pasar Minggu, Jakarta Selatan. Ketika operasi tersebut, polis berjaya menemukan tujuh pil psikotropik jenis alprazolam.

Selepas beberapa hari mendiamkan diri

Susulan kes terbabit, Bunga atau lebih mesra disapa BCL tampil membuka mulut menerusi hantaran di Instagram (IG).

BCL, 39,  mendoakan agar Doddy kuat menempuh dugaan itu di samping akan dipermudahkan urusannya.

Saya dan seluruh pasukan mendoakan Doddy. Kami berharap dia dapat mengharungi waktu sukar ini. Teruskan berdoa ya Doddy.

Persembahan tetap diteruskan

Dalam pada itu, pelantun lagu Cinta Sejati menyatakan dia tetap akan meneruskan konsert di Singapura dan berjanji akan memberikan persembahan terbaik untuk peminat di sana.

Kepada semua pasukan BCL, kita boleh lakukannya! Ayuh jadikan konsert ini paling menakjubkan dan tidak dapat dilupakan.. Semangat ya kawan-kawan semua.

Dan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan kasih sayang.

Sumber: Liputan6 & Instagram @bclsinclair

SKIP THIS AD ×