Tindakan pengurus pasukan pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli iaitu Jordi Gatell, yang peka dengan sensitiviti agama Islam telah menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Jennifer Coppen & Suami Cetus Perdebatan, Minum Minuman Keras Atau Air Sparkling?

Ubah botol arak 

View on Threads

Menerusi perkongsian semula di Threads, Gatell dilihat mengalihkan botol minuman keras (champagne) yang diletakkan berdekatan podium Hakim Danish sebelum majlis penyampaian trofi.

Tindakan spontan itu telah meraih pujian warganet yang menyifatkan Gatell sebagai seorang insan yang sangat menghormati pegangan agama Islam meskipun minuman beralkohol merupakan salah satu elemen tradisi dalam meraikan kemenangan bagi sukan permotoran.

Satu momen yang jarang berlaku dalam mana-mana kejohanan. 

Apabila pasukan memahami situasi dan pegangan Hakim Danish dalam ajaran Islam, pengurus pasukan sendiri terlebih dahulu naik ke podium untuk mengalihkan botol arak ke tepi bagi memastikan tiada minuman tersebut berada di atas podium ketika Danish meraikan kejayaan dan menerima trofi. 

Dalam masa yang sama, warganet juga kagum dengan Gatell walaupun terpaksa mengetepikan pihak penaja demi keselesaan Hakim Danish semasa meraikan kemenangannya.

Walaupun sempat mendapat jelingan daripada pihak penaja, pasukan tetap menghormati prinsip yang dipegang oleh Hakim Danish.

Bukan itu sahaja, difahamkan Hakim Danish juga tidak menyertai sesi Champagne Shower dan meninggalkan podium sejurus selepas memperoleh trofi.

Untuk info, Hakim atau nama lengkapnya Hakim Danish Ramli, 18, menamatkan penantian 10 tahun apabila mencipta sejarah sebagai pemenang dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Czech di Litar Brno, pada Ahad.

Sumber: Threads