berita

Pengurus Syarikat Fazura Didakwa Berdepan Hukuman Penjara, Sebat & Denda Kerana Pecah Amanah

March 20th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pengurus kepada pelakon dan usahawan, Nur Fazura iaitu Iman Tang Abdullah berkata kakitangan yang didakwa pecah amanah itu bekerja di salah satu kedai milik Fazura.

Kes masih dalam siasatan

Menurut Iman, kakitangan berkenaan juga sudah tidak bekerja di premis itu selepas dipercayai terbabit dengan kes pecah amanah. Tambah Iman, pihak pengurusan Fazura membuat laporan polis membabitkan kes pecah amanah terbabit sekitar Ogos tahun lalu.

Kes masih dalam siasatan.

Saya difahamkan, pihak pengurusan Fazura yang membuat laporan kes pecah amanah terbabit di Balai Polis Seremban, Negeri Sembilan.

Sebelum ini, isteri kepada Fattah Amin itu mendedahkan wujud pecah amanah dalam syarikat membabitkan kakitangan perniagaan miliknya. Jelas Fazura, kes pecah amanah terbabit membabitkan kakitangan sementara dan sejumlah wang yang banyak.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Seremban pada 10 Mac lalu menetapkan jaminan sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin terhadap seorang bekas pengurus sebuah syarikat.

Tertuduh berusia 28 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM40,000. Kesalahan dilakukan di sebuah pejabat syarikat dekat Nilai, dari 17 Jun hingga 27 Julai tahun lalu.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda. Kes akan disebut semula pada 24 Mac ini.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×