berita

Peniaga Dibelasah 10 Lelaki Mabuk Sampai Mati

March 20th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki tempatan dilaporkan maut dipercayai dipukul 10 lelaki mabuk termasuk dua warga asing dalam satu kejadian di sebuah pusat hiburan sekitar Kompleks Metro Pudu, semalam.

Peniaga dipukul sampai mati

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung pergaduhan tersebut. Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia sekitar jam 4:40 petang pada hari yang sama.

Menurut sumber, pergaduhan membabitkan mangsa, 29, bersama 10 suspek dipercayai berpunca daripada perselisihan faham yang bermula dari dalam pusat hiburan yang kemudiannya berterusan hingga ke luar premis tersebut.

Kita berjaya menahan lapan lelaki tempatan berusia di antara 20 tahun hingga 37 tahun dan dua lelaki Myanmar berusia 28 tahun hingga 43 tahun di sekitar Kuala Lumpur.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati. Siasatan lanjut masih dijalankan dan permohonan reman ke atas kesemua suspek akan dimohon.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×