
Seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan selepas mencabul 10 kanak-kanak di sekitar Duyong dan Telok Mas, Melaka.
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Direman Bantu Siasatan Kes Rog*l Remaja 14 Tahun – ‘Suspek Dipercayai Rakam Semasa Kejadian’
Artikel Berkaitan: Pesakit HIV Mengaku Rogol Wanita OKU, Dipenjara 10 Tahun & 5 Sebatan
Suspek ditahan
Difahamkan, suspek juga dipercayai meliwat seorang daripada mereka yang dikenali sejak setahun lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zulkhairi Mukhtar berkata suspek ditangkap oleh orang awam jam 6 petang semalam di Balairaya Taman Desa Duyong sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Hasil siasatan awal mendapati, suspek terlibat dalam 10 kes amang seksual terhadap 10 kanak-kanak lelaki yang berusia antara 8 hingga 13 tahun dalam kejadian didakwa berlaku antara Mac lalu hingga bulan ini.
Kes pertama membabitkan lapan kanak-kanak lelaki berusia antara lapan hingga 12 tahun yang dipercayai berlaku antara Mei hingga awal bulan ini di kawasan taman permainan berhampiran Duyong.
Modus operandi suspek adalah mendekati mangsa ketika mereka berada di taman permainan atau selepas menunaikan solat di surau, sebelum melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.
Dalam kejadian kedua pada Mac lalu, mangsa, seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dipercayai mengenali suspek sejak tahun lalu kerana kerap terserempak dengannya di taman permainan dan surau.
Suspek dipercayai mengambil kesempatan terhadap hubungan itu dengan melakukan amang seksual fizikal serta persetubuhan luar tabii yang dipercayai berlaku pada Mac lalu di rumah suspek.
Siasatan juga mendapati suspek sekali lagi bertemu mangsa pada 12 Julai lalu.
Sementara itu, Zulkhairi berkata kes ketiga pula melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dipercayai menjadi mangsa pencabulan suspek pada 8 dan 9 Julai lalu di beberapa lokasi sekitar Taman Desa Duyong, sebuah pasar raya serta kedai makan di Semabok.
Katanya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 19 Julai bagi membantu siasatan.
Polis membuka siasatan tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sumber: TV3