berita

‘Tergamak Ya Tipu Saya’ – Dekorasi & Makanan Sudah Siap Set Up Namun..

October 30th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Di Facebook, seorang wanita mendakwa dirinya ditipu seorang pelanggan yang mahu perkhidmatan suprise party. Saat akhir, pelanggan langsung tidak muncul malah panggilan telefon juga tidak dijawab.

Paling mengecewakan apabila persiapan dekorasi dan tempahan makanan sudah dibuat. Akibat daripada itu, dia terpaksa menanggung kerugian yang banyak.

Sudah set up, tempah makanan

Selalu tengok orang kena game, tapi hari ni jadi dekat diri sendiri. Peritnya Tuhan je yang tahu. Saya baru jee nak start business kecik2. Ye..nak senang bukan senang. Saya buat surprise planners picnic. Sebelum ni pun sy pernah terima client, tapi tak pernah lagi kena tipu dalam hidup ni. Tapi kali ni, buat pertama kalinya saya tertipu.

Client mintak sy buat dari minggu lepas lagi. Tapi masa tu tak free, ok lahh dia request untuk minggu ni. Then saya setuju ikut permintaan dia. Dia ambik full pakej terus taw bukan pakej yg cikai dia ambik. Sekali makanan, air side dish table, belon dia ambik. Nak dekat 500 semuanya. Actually dalam hal ni, khilaf terbesar sy adalah ambik deposit terlalu rendah untuk client tuu. Yelah..first sy mmg jenis yg percaya client 100%. Tak penah sy buruk sangka dengan orang. Tapi takdir saya kali ni bila sy sendiri yang terkena. Okay, preparation memang sy jenis buat awal2. Dari segi makanan sy boleh sediakan, tak jadi masalah. Tapi kalau dah banyak macam tu siapa nak makan? Dgn sy tempah 1 kotak brownies dgn belon lagi..mintak macam2 wei..sebab tuu sy cakap bukan sikit2 modal saya.

Whatsapp tak balas, call tak angkat

Masa saya nak pasang tu memang rushing gila sy dengan adik bergegas nak pasangkan apa yang patut..sebelum tuu lagi saya dh WhatsApp dia, tapi dia tak reply. Tak apa lah saya pasang gak. Sebab tak de laa buruk sangka bukan2. Dah set up skit sy tgk lg whatsapp tu masih lgi tak reply. Dalam hati ni dah terdetik, aikk! Die ni tak nak ambik tahu kee majlis dia yang aku buat ni? At least tanya laa apa yang patut. Tapi dalam hati ni dari tadi tak sedap. Jadi sy cuba call dia. Tapi dia tak angkat. Sy call nak dekat 10 kali, tapi tak angkat jugak. Last2 sy cakap dengan adik sy, jangan set up sampai habis. Makanan dengan belon kami tak keluarkan pasal macam musykil, dah nak dekat pukul 4 masih tak ada respond dari customer ni. Jadi sy mintak suami sy call kan orang tu..masih sama jugak dia tetap tak angkat. Sy dah start syak yang kami kena tipu. Jadi sy pulak offer guna whatsapp die msg kt org tu. Tgk2 2 tick. Asal sy punya 1 tick.. so kat sini dah nampak la yang customer ni block no sy.

Jam dah menunjuk kan 4.30 customer tu masih tak angkat call. Jadi sy dah start give up. Kami pun dah agak yang kami kena tipu, tapi suami sy cuba positive kan, dia cakap tunggu sampai 5.15. Gigih la kami tunggu, sambil tu adik dah mula kumpul2 brg yang patut untuk kemas. Tepat pukul 5. Memang hampeh tak datang sedangkan majlis tuu memang d jangka habis pukul 5. Moral of the story peniaga memang kena mintak half price untuk deposit, tak kira laa mahal ke murah ke. Hati orang ni kita tak tahu betul ke tak. Niat tu kadang2 nak tolong orang, tapi orang pulak buat taik kat kita. Untuk si customer, kalau awak last minute bagitahu tak jadi pon tak ada masalah. Yang jadi masalah bila awak tak ada rasa tanggungjawab dan lari dari masalah. Saya bukan jenis maki orang. Sy msg awk pon elok2 tak ada makian. Tolong lah bertimbang rasa sikit. Sy niaga, baru je merangkak dalam bidang ni. Bukan sikit2 duit sy modalkn untuk majlis awk yang tak jadi tu.

Sumber : Fara Jasni

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×