berita

Peniaga Online Gemar Buat ‘Live’ Bersama Barang Kemas & Duit Ditembak, Ditemui Parah

January 27th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Membuat siaran ‘live’ di Facebook dan Instagram sekarang menjadi trend dalam memasarkan produk masing-masing. Ramai peniaga online menggunakan cara ini kerana mudah, boleh mencapai ramai target dan hampir semuanya percuma.

Namun kerana cara ini juga, seorang peniaga online ditimpa musibah. Berkemungkinan penjenayah telah memerhati dan ‘aim’ peniaga online untuk melakukan kerja mereka mendapatkan wang dengan cara mudah.

Barang kemas RM 150k lesap

Dalam kejadian itu, peniaga berkenaan, Mohd Irfan Abdullah ditembak dan dikunci sekumpulan perompak di pejabatnya di Banggol Kulim, Pasir Mas, Kelantan. Dia temui parah dan berlumuran darah di kedainya itu sebelum dibawa ke hospital.

Ekoran itu, perompak melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM150,000 dan wang tunai RM8,000 dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah mengatakan pihaknya terpaksa mengumpil jeriji kedai berkenaan kerana dipercayai dikunci penjenayah terbabit.

Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu didalangi tiga lelaki bertopeng yang menaiki kereta berwarna putih.

Mangsa ditembak di betis dan kami turut menemui peluru sepanjang 9 mm di tempat kejadian. Kami percaya mangsa ditembak selepas diugut oleh penjenayah terbabit.

Sempat telefon kakak

Dalam pada itu, abang ipar mangsa, Nordin Kadir berkata, adik iparnya itu sempat menghubungi isterinya memaklumkan hal itu sebelum mereka bergegas ke tempat kejadian.

Sebelum kejadian kami makan bersama-sama sebelum Mohd Irfan kembali ke kedai bersendirian.

Mohd Irfan aktif menjual baju, barang kemas dan kosmetik secara dalam talian dan berpindah ke pejabat baru di situ, lebih setahun lalu.

Adik ipar saya juga sering membuat ‘live’ video di Facebook sebagai satu cara memasarkan barang jualannya.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×