berita

Peniaga Online – Ini Peluang Keemasan Buat Sales Sakan Sebelum Kos Postage Naik Harga!

December 5th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Dah berlalu pun jualan murah 11.11. Memang riuh satu dunia wei sebab tarikh ni boleh dikatakan dah jadi hari membeli-belah terbesar dalam sejarah. Buktinya, laman web e-commerce Alibaba berjaya mencatat jualan sebanyak $1 billion dalam masa 68 saat saja!  Di Malaysia pulak, Pos Malaysia telah mencatat rekod tersendiri apabila mereka menguruskan hampir sejuta bungkusan sewaktu jualan 11.11 hari tu tau.

Tapi guys, kegilaan ni tak akan berakhir di sini je sebab satu lagi tarikh untuk shopping sakan bakal menjelang tiba iaitu 12.12. Dan apa yang pasti, kami yakin sekali lagi ia akan menggegarkan sejarah industri online shopping. Haa.. kalau korang peniaga online, korang confirm tak nak lepaskan peluang terakhir untuk jual barang dengan kos postage lebih murah sebelum kadar kiriman baru dikuatkuasakan menjelang tahun 2020!

Kadar kiriman baharu?

Ya, bagi korang yang belum tahu, berikutan kongres khas Kesatuan Pos Sedunia yang diadakan di Geneva beberapa bulan yang lepas, telah dipersetujui bahawa kesemua 192 negara anggota akan terus kekal di dalam kesatuan ini.

Tapi, terdapat perubahan kadar dalam penghantaran mel merentasi sempadan antarabangsa. Walaupun kerjasama merentasi sempadan adalah sesuatu yang kita harapkan terjadi secara semulajadi, hakikatnya isu utama yang menyebabkan perubahan harga ini adalah perang perdagangan yang sedang berlaku antara A.S dan China – yang pada akhirnya mendorong A.S membuat ancaman untuk keluar dari kesatuan, sekaligus menjadikan istilah ‘PEXIT’ (singkatan untuk “postal exit” atau “pos keluar”) menjadi satu kenyataan.

Pendek kata, kesatuan dan bidang kuasanya masih kekal secara kolektif, tapi harga untuk mel dan bungkusan akan meningkat dan ini bukan saja menjejaskan pembelian secara online je tapi juga bungkusan kecil biasa di bawah 2kg.

Tips untuk dapatkan kos kiriman lebih murah

Sebelum kadar baru ini dikuatkuasakan, dekat bawah ni ada 3 tips yang korang boleh lakukan untuk mengoptimumkan perbelanjaan sewaktu menghantar barang atau membeli barang sebagai pembeli.

1. Manfaatkan sepenuhnya setiap penghantaran dengan menghantar seberapa banyak barang yang boleh dalam satu penghantaran. Caranya ialah korang kena galakkan customer untuk order sebanyak mungkin barang dalam satu masa supaya semua pesanan mereka boleh dihantar sekaligus. Lagi jimat!

2. Korang jugak boleh cuba tawarkan free postage untuk pelanggan yang membeli lebih banyak barang sekaligus. Dengan cara ini, nilai barang yang dibeli oleh pembeli tadi akan meningkat dan korang boleh dapat pendapatan tambahan dari jualan yang boleh digunakan untuk membiayai kos postage tu.

3. Cara paling bijak ialah makesure korang dapatkan servis pengendali pos terbaik yang menghubungkan korang dan pelanggan. Dengan cara ini, korang berpeluang untuk enjoy tawaran yang lebih baik daripada perkhidmatan pos yang dipercayai, dan satu-satunya pengendali pos yang kami sarankan ialah Pos Malaysia.

Pos Malaysia komited bantu usahawan macam korang tau!

Kalau korang peniaga barangan online dan selama ini memang setia guna servis daripada Pos Malaysia, yakinlah bahawa korang dah memilih penyedia perkhidmatan pos dan kurier yang terbaik untuk perniagaan korang.

Menyedari akan kepentingan ekonomi digital kepada pertumbuhan negara, CEO Pos Malaysia Syed Md Najib Syed Md Noor
telah berjanji akan memberi komitmen yang lebih terhadap peningkatan digitalisasi dan mutu perkhidmatan.

Menurut beliau, keutamaan Pos Malaysia adalah menuju ke arah pemodenan agar kecekapan dapat dipertingkatkan, kerana ini meyumbang kepada penurunan kos operasi. Kalau kita lihat dengan gambaran yang lebih besar, perkara ini dah tentu akan membawa kepada kestabilan kadar harga.

Kini lebih mudah dengan SendParcel

Bagi memenuhi keperluan sektor e-commerce dan sesuai untuk kegunaan peribadi serta syarikat bersaiz kecil dan sederhana, Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan SendParcel iaitu platform pengeposan dalam talian yang memudahkan pelanggan.

Ia membolehkan pelanggan menikmati kadar terbaik, perkhidmatan pengambilan barangan percuma dan label penghantaran atau nota konsainan yang dijana secara automatik oleh sistem.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati kemudahan ‘Pos Laju Ezibox’, iaitu perkhidmatan percuma 24 jam sehari untuk orang ramai mengambil bungkusan mereka dalam tempoh 48 jam di lokasi terpilih dan dekat dengan alamat kediaman mereka.

Apa pun kami di OHBULAN! yakin Pos Malaysia akan terus komited memastikan perkhidmatan mereka terbaik untuk para usahawan dan pelanggannya di Malaysia!

SKIP THIS AD ×