berita

Pening Nak Makan Apa? Ini 5 Restoran Dengan Rating 5 Bintang Yang Terbukti Sedap Di GrabFood!

February 5th, 2024 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Pening nak makan dimana? Jangan risau, GrabFood kan ada.

Buat korang yang sibuk dan malas nak keluar, korang boleh cuba pesan makanan korang di 5 restoran dengan rating 5 bintang ni.

“Review” GrabFood tak pernah menipu!

Mendapat rating 5 bintang di GrabFood, kelima-lima restoran ini, tidak akan mengecewakan korang.

Kalau tak percaya? Korang kena la scroll sampai bawah untuk baca review-review mengenai 5 restoran ini

Paling penting kesemua restoran ini menyajikan makanan yang sedap pada harga berpatutan.

1. HOMST

GrabFood

Kredit: https://www.instagram.com/homst.official/?hl=en

Bagi yang belum tahu, Homst merupakan restoran cina muslim yang ditubuhkan pada tahun 2002 di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur oleh Yusoff Lau Bin Abdullah.

Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan cina muslim yang sedap-sedap belaka.

Korang tengok la sendiri rating dan review kedai ini di GrabFood. Terbukti makanan mereka memang sedap dan berkualiti sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Bagi korang yang belum pernah cuba makanan di HOMST, jom pesan melalui aplikasi GrabFood.

2. KGB Killer Gourmet Burgers

GrabFood

Kredit: https://www.instagram.com/kgb.killer.gourmet.burgers/?hl=en

Kalau korang peminat burger, ini adalah salah satu restoran 5-Star di GrabFood yang korang boleh cuba.

Menyediakan pelbagai pilhan burger dan makanan western yang enak. Korang yang belum cuba KGB Killer Gourmet Burgers wajib cuba makanan yang mereka tawarkan.

Burger diorang memang tiptop! Korang tengok la review yang pelanggan mereka kongsikan. Semuanya review padu dengan rating 5 bintang.

Peminat burger memang wajib order and try burger diorang, at least sekali!

3. Nasi Ayam Gepuk Original Korn Kitchen

GrabFood

Kredit: https://www.facebook.com/ayamgepukkornkitchen/

Buat penggemar ayam Gepuk yang berada di Johor Bahru (JB), min nak racun korang untuk cuba Ayam Gepuk Original Korn Kitchen.

Sambal ayam Gepuk mereka memang sedap, cukup rasa pedas dan lemak. Makan pula dengan ayam goreng panas-panas, memang mantap!

Tak hairanlah Ayam Gepuk Original Korn Kitchen, merupakan salah satu restoran yang mendapat rating 5 bintang daripada pelanggan setia GrabFood.

4. Cendol BMI Sejak 1985

GrabFood

Kredit: https://www.facebook.com/bmi1985/?locale=ms_MY

Cendol dan rakyat Malaysia memang tak boleh dipisahkan. Apatah lagi negara kita merupakan negara beriklim khatulistiwa (panas dan lembap sepanjang tahun).

Bila panas tu, dapat minum cendol pulak… memang layan.

Rasa sejuk, manis dan lemak cendol buat hari yang bahang terasa dingin dan menyegarkan.

Pekena pulak cendol Bmi, memang terbaik! Tak peliklah mengapa restoran ini menjadi salah satu kegemaran pelanggan setia GrabFood.

5. La Juiceria Superfoods

GrabFood

Kredit: https://www.instagram.com/lajuiceria/?hl=en

Menyediakan palbagai pilihan jus buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan sihat, La Juiceria Superfoods memastikan kualiti makanan dan jus yang mereka berada pada tahap terbaik sebelum sampai ke tangan pelanggan.

Kalau korang suka makanan yang fresh dan baru siap dimasak, korang boleh pesan makanan korang di La Juiceria Superfoods melalui GrabFood. Kualiti terjamin!

Lebih menarik lagi, jus yang dihasilkan oleh La Juiceria Superfoods lebih clean disamping memiliki rasa yang lembut dan menyegarkan.

Lepas ni kalau korang on diet, grab je makanan dan jus yang korang nak di La Juiceria Superfoods.

Selain 5 restoran diatas, korang tahu tak GrabFood ada banyak lagi pilihan restoran yang telah menerima Anugerah Restoran GrabFood 5-Star Awards 2023?

Restoran-restoran ini dinilai  berdasarkan review dan rating yang telah diberikan oleh jutaan kaki makan GrabFood.

Semak senarai restoran di SINI untuk buat pesanan korang!

Nikmati banyak lagi pilihan makanan dengan rating 5 bintang di GrabFood!

Sebenarnya, ada banyak lagi restoran yang sedap-sedap dengan rating 5 bintang korang boleh jumpa di GrabFood.

Korang cuma kena rajin go through pilihan yang ada.

Nak nikmati sarapan pagi, makan tengah dan makan malam level 5-Star? Jom pesan dari restoran GrabFood 5-Star di aplikasi GrabFood sekarang!

SKIP THIS AD ×