berita

Pening Nak Makan Apa Sewaktu Hamil? Haa..No 6 Tu Paling Mudah!

November 7th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Sebagai ibu, sudah pastinya kita mahukan yang terbaik untuk si manja supaya sihat dan membesar dalam keadaan sempurna ketika dalam kandungan.

Oleh itu, apa yang harus diberi perhatian oleh mak buyung adalah makanan yang diambil sepanjang tempoh kehamilan kerana akan mempengaruhi kesihatan kita dan si manja.

Ermmm…mesti korang risaukan makanan apa yang baik untuk kandungan? So, kami ada beberapa cadangan untuk mak-mak buyung kat luar sana! Jom baca!

Mak buyung digalakkan makan sayur-sayuran

Selain kesegarannya, sayur-sayuran ni memang banyak khasiatnya! Mak buyung kena rajin makan sayur setiap hari tau. Tapi, tukar-tukarlah jenis sayur tu. Takdelah boring sangat.

Hal ini kerana, makanan yang perlu diambil oleh mak buyung mestilah merangkumi semua nutrisi penting yang diperlukan, supaya dapat mengimbangi keperluan untuk si manja kat dalam perut tu.

Apa sahaja yang korang makan sebenarnya sangat mempengaruhi si manja tau. Jadi, pilih la makanan yang terbaik!

Pakar web di United Kingdom babycenter.com.my memberitahu, hidangan harian mestilah terdiri daripada kepelbagaian sumber makanan daripada empat kumpulan makanan seperti buah dan sayur.

Buah-buahan aneka warna, pasti korang suka!

Tahukah korang, makanan untuk ibu hamil perlu datang dari pelbagai sumber warna seperti hijau, merah, oren, kuning, ungu dan putih.

Ini bagi memastikan anak di dalam kandungan mendapat pelbagai nutrisi, kerana setiap kelompok warna yang berbeza memberikan vitamin, mineral dan antioksidan yang spesifik untuk tubuh.

Macam buah-buahan ni, membekalkan vitamin seperti C, B, fiber, choline, magnesium, potassium dan banyak lagi la! Semua ni, penting untuk pertumbuhan si manja sewaktu dalam kandungan.

Bijirin penting menyokong aktiviti sewaktu hamil

Haa..kalau korang nak tahu, bijirin ni penting tau kerana ia mengandungi pelbagai mineral, vitamin B, karbohidrat dan kalsium yang diperlukan bagi menyokong aktiviti ibu hamil.

Selain itu, bijirin juga membekalkan pelbagai nutrisi yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan lebih cekap seperti folat, kalsium, serat, dan besi.

Menurut Pakar Dietetik Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Norhaslinda Jefrezen, ibu hamil harus memberikan tumpuan kepada fasa pertama atau trimester pertama kerana dalam waktu ini pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku dengan sangat cepat.

Kekacang, penganti kepada kudapan!

Waktu mengandung ni, mak buyung akan asyik rasa nak makan je. Makan memang boleh, tapi, jangan makan berlebihan tau, sebab takut ada kesan buruk pada diri dan kandungan pulak. Kami ada cadangan terbaik untuk korang!

Caranya, apa kata korang makan kekacang. Korang boleh cuba kekacang seperti kuaci, badam, pistachio dan walnut.

Seeloknya, cari kekacang daripada sumber asli yang tidak bergaram dan berperisa.

Omega 3 dalam ikan penting untuk otak Si Manja!

 

Untuk pengetahuan korang, ikan ni kaya dengan asid lemak omega-3 yang boleh meningkatkan kekuatan otak si manja.

Dalam satu kajian dari Harvard Medical School, lebih banyak wanita makan ikan pada trimester kedua, semakin tinggi perkembangan mental si manja.

Sekiranya korang tak suka ikan, korang boleh berbincang dengan doktor untuk mengambil sebarang suplemen dari minyak ikan.

Susu sangat diperlukan waktu hamil.

Susu sinonim sebagai makanan untuk ibu hamil kerana ia mengandungi kalsium yang tinggi.

Apabila hamil, tubuh wanita memerlukan dua kali jumlah kalsium berbanding biasa. Jika kekurangan kalsium, tubuh berasa letih, tidak sihat dan berisiko mengalami anemia (kekurangan darah).

So, mak buyung memang kena rajin minum susu. Seeloknya, 3 kali sehari.

Tapi, Anmum Materna menyediakan keperluan lengkap dalam satu produk je!

Sama ada korang bakal menjadi seorang ibu atau pun sedang merancang, Anmum Materna memang sesuai untuk korang! Ia dirumus khas untuk menyokong keperluan nutrisi korang dan juga si manja dalam kandungan.

Anmum Materna, satunya susu pra-natal tanpa gula tambahan dan rendah lemak, kini boleh didapati dalam bentuk stik pek untuk dinikmati dengan mudah

Membantu perkembangan si manja dalam kandungan.

Bukan itu saja, Anmum Materna juga lengkap dengan zat makanan, mineral dan nutrisi seperti vitamin C,E, asid folik, magnesium, zink, kalsium yang amat diperlukan sewaktu hamil.

Kalau korang nak tahu,  Anmum Materna juga adalah jenama susu pra-natal No.1 berpandukan Retail Audit for Health Food Drinks Category untuk 12 bulan berakhir Julai 2016 di Semenanjung Malaysia.

Jadi mak buyung semua, jangan ragu-ragu lagi dan jom jadikan susu Anmum Materna ni sebagai keperluan harian korang untuk tumbesaran si manja dalam kandungan.

Untuk maklumat lanjut dan banyak info menarik, [klik sini]

SKIP THIS AD ×