berita

Penjawat Awam Maut Bertumbuk Gara-Gara Disyaki Kacau Isteri Orang

September 4th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Lokasi kejadian

Seorang lelaki berusia 51 tahun maut selepas terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah kedai di Kampung Cabang Sungai Hala, Machang pada pagi Ahad.

Bergaduh sampai maut

Saksi kejadian, Zahid Hasran, 28, mendakwa melihat mangsa bersama seorang lelaki lain berbual hampir 20 minit sebelum berlaku pergaduhan. Ujar Zahid, dia kemudian melihat dua lelaki terbabit saling bertumbuk.

Saya cuba untuk menghalang pergaduhan itu namun tidak berani mendekati kerana mereka terlalu agresif dan saya memberi amaran mahu menghubungi polis.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengendahkan amaran yang diberikan sehingga polis tiba ke lokasi kejadian untuk meleraikan pergaduhan.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dikejarkan ke Hospital Machang namun meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Menurut sumber, suspek, 46, mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya yang juga bekerja di sebuah jabatan yang sama. Suspek telah ditahan bagi membantu siastaan.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×