berita

Pensyarah Dakwa Wang Kertas Malaysia Ada Lemak Khinzir?

September 20th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan bahawa wang ringgit merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan setiap individu. Hal ini kerana, tanpa wang ringgit segala keperluan dalam kehidupan seharian kita tidak dapat diperolehi sepenuhnya.

Jika sebelum ini kecoh di media sosial tentang makanan yang mengandungi gelatin atau berasaskan haiwan tidak halal (khinzir). Kini, apa yang lebih mengejutkan apabila baru-baru ini timbul isu tentang wang kertas Malaysia yang didakwa mengandungi lemak khinzir.

Wang kertas Malaysia ada DNA khinzir

Menerusi MalaysiaGazette, Prof Dr. Zhari Ismail, seorang pensyarah daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) mendakwa bahawa wang kertas Malaysia didapati mengandungi lemak khinzir.

Ada penggunaan lemak babi dalam pembuatan percetakan wang kertas. Ini kita perlu berita rasmi yang laporan mengenai perkara ini, jadi ini dakwaan dan kita kena ada pengesahan bahawa dakwaan itu benar atau tidak.

Tambahnya lagi, dia mendapat maklumat tersebut daripada salah seorang pemain industri itu sendiri yang mengatakan bahawa lemak khinzir ada digunakan dalam proses penghasilan wang kertas negara.

Kalau tanya orang yang terlibat dalam pencetakan wang kertas, memang mereka guna lemak babi.

Terdapat kuman e-coli

Walau bagaimanapun, Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengkaji dakwaan tersebut selepas pihak Zhari memanjangkan isu tersebut kepada mereka untuk tindakan lanjut.

Oleh kerana itu kita mendapatkan reaksi daripada Bank Negara Malaysia (BNM), sekarang mereka kata sedang dikaji.

Selain daripada DNA khinzir, hasil daripada kajian juga mendapati terdapat kuman e-coli di dalam wang kertas berkenaan.

Kes terdapatnya DNA babi dalam wang kertas kita, kalau kita sampelkan dan hantar kepada makmal.

Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia namun di Amerika Syarikat pun mereka telah kumpul wang kertas mereka daripada orang ramai dihantar ke makmal universiti untuk melihat apa yang ada pada wang kertas mereka.

Beliau juga berpendapat dan menasihatkan agar sample wang kertas Malaysia dihantar ke makmal untuk proses kajian mengenai isu ini.

Sumber: MalaysiaGazette

SKIP THIS AD ×