berita

Pensyarah Terbaring Sakit Akibat Strok Masih Mengajar Kelas Online

May 1st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Terlantar sakit akibat strok bukan penghalang buat seorang pensyarah di sebuah kampus di Bandung, Indonesia yang sanggup melakukan sesi pembelajaran dalam talian untuk pelajarnya.

Tidak dapat hadir ke kelas kerana diserang strok

Menerusi video yang tular di medai sosial dikongsikan oleh Balqis di akaun Tiktoknya, kelihatan seorang pensyarah yang dikenali sebagai Aceng Muhtaram yang sedang terbaring sambil mengajar pelajarnya melalui pembelajaran dalam talian.

Melihat di dalam video berkenaan, pensyarahnya menggunakan green screen sebagai latar belakang supaya para pelajar tidak nampak dirinya sedang baring di atas katil yang menampakkan bantalnya itu.

Memetik laporan Tribun News, pensyarah berkenaan dikatakan tidak dapat hadir ke kelas untuk mengajar kerana diserang strok.

Walau bagaimanapun, menurut Balqis, dia masih bersyukur kerana dapat menatap wajah pensyarahnya dan dapat membantu para pelajar yang lain dalam proses pembelajaran dalam subjek Administrasi Pendidikan.

Semoga cepat sembuh

@balqueen.idlekas sembuh ya pak??##WeDOIndonesia ##YWY3WeRockTheWorld ##fyp? ##RangkaiKebaikan ##mahasiswa? Doa Untuk Kamu – Aviwkila

‘Masih berusaha mengajar’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar pensyarah berkenaan cepat sembuh dan ada juga di antara mereka terharu melihat kesungguhan yang sanggup mengajar walaupun berada dalam keadaan sakit.

Sumber : Tribun News , balqueen.id

SKIP THIS AD ×