berita

Pensyarah UPM Mohon Maaf Isu Gelar Pekerjaan Hantar Makanan Tak Bermaruah

October 15th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Kenyataan Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari mengenai kerjaya penghantar makanan yang dilabel sebagai pekerjaan yang tidak bermaruah dalam satu rancangan televisyen menerima kecaman orang ramai yang rata-ratanya menganggap beliau seolah-olah memperlekehkan pekerjaan tersebut.

Terbaru, pensyarah tersebut memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kenyataan dikeluarkannya ketika sesi temu bual diskusi Belanjawan 2020.

Saya memohon maaf

Sebelum ini dalam satu kenyataan, Universiti Putra Malaysia (UPM) menuntut pensyarah tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka. Malah pihak UPM menyifatkan kenyataan pensyarah itu bersifat peribadi dan tidak mewakili universiti berkenaan. Pensyarah itu bagaimanapun telah tampil membuat permohonan maaf.

Saya memohon maaf sekiranya percakapan saya semasa sesi temu bual itu mengundang persepsi negatif dan menggambarkan seolah-olah saya menghina maruah pemandu e-hailing dan penghantar makanan (rider).

Saya juga ingin menegaskan bahawa segala pandangan yang saya utarakan adalah pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana-mana pertubuhan atau organisasi.

Kenyataan itu hanyalah sekadar pandangan supaya kerajaan mengangkat martabat dan maruah pekerja di Malaysia dengan menyediakan peluang pekerjaan bersesuaian mengikut kelulusan graduan.

Saya mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang dan berharap agar kenyataan ini dapat menghentikan tohmahan dan buli siber yang sedang dilakukan kepada saya.

Memanipulasi kenyataan

Selain itu, Dr Mohd Yusof Saari juga akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana  individu yang cuba menjadi pencetus kekeliruan, salah faham dan fitnah terhadapnya.

Saya percaya dakwaan bahawa saya merendahkan maruah pemandu e-hailing dan penghantar makanan adalah lanjutan daripada tindakan individu tidak bertanggungjawab yang memanipulasi kenyataan saya.

Individu terbabit menyebarkan sebahagian saja klip temu bual berkenaan dan bukannya keseluruhan jawapan saya semasa temu bual itu di media sosial (Twitter, Facebook dan Instagram) serta beberapa blog lain.

Akan ambil tindakan

Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini sudah mengundang salah faham dan kecaman yang keterlaluan tanpa menilai keseluruhan isi kandungan temu bual berkenaan.

Kini, saya dalam proses mengambil tindakan undang-undang ke atas individu serta pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasi, menyebarkan fitnah, ugutan serta tohmahan yang tidak berasas terhadap saya.

Tambahan, beliau juga akan mengambil tindakan keatas individu yang cuba menyebarkan fitnah dan kekeliruan.

Sumber : Harian Metro,Universiti Putra Malaysia

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×