Penangan konsert Billie Eilish di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam, ternyata mencuri tumpuan warganet apabila ada di antara peminat bintang elektropop itu sanggup datang awal pagi demi mendapatkan ‘spot’ terbaik untuk menyaksikan idola mereka beraksi depan mata.
Seawal 5 pagi dah beratur
Melalui rakaman video di aplikasi TikTok yang viral, sekumpulan remaja sanggup bersengkang mata dan bergegas ke Stadium Nasional Bukit Jalil, seawal jam 5 pagi untuk beratur dan mengambil giliran. Difahamkan, seawal jam 5 pagi hingga 10 pagi, ramai peminat tegar Eilish mula berkumpul di laluan tiket bagi mendapatkan ‘spot’ terbaik terutama bagi pemegang tiket tanpa tempat duduk atau zon berdiri. Bukan itu sahaja, ada juga yang sanggup mengambil cuti, bersengkang mata dan berpanas lebih 10 jam sebelum konsert bermula.
Namun begitu, rata-rata penonton yang membeli tiket harga ‘mahal’ meluahkan rasa tidak berpuas hati kerana jarak pentas dan tempat duduk sangatlah jauh. Bahkan, ada di antara mereka yang meminta pihak penganjur menyediakan teropong untuk melihat lebih jelas persembahan Billie Eilish.
Sound system tak clear
Selain netizen, personaliti media sosial, Khairul Aming dan Azfar Heri turut meluahkan rasa yang sama. Ujar Azfar Heri, ini merupakan kali pertama dia berasa tidak berpuas hati ketika menghadiri konsert. Tambahnya, harga tiket yang dibeli agak mahal dan perasaannya pada waktu itu seperti menonton bola sahaja. Menurut Khairul Aming, sound system juga tidak jelas semalam.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berharap perkara seperti itu tidak berulang lagi. Malah, mereka berharap konsert-konsert artis popular dari luar negara mahupun dalam negara tidak akan berlangsung di stadium berkenaan lagi.
Sumber: Twitter