berita

Penuh Aksi Mendebarkan, 5 Sebab Ini Akan Buat Korang Tengok Filem OVERLORD Sekarang Juga

October 31st, 2018 | by Epul
Filem Antarabangsa

Ramai tak pembaca OHBULAN! kat sini yang suka tengok filem thriller atau misteri? Rasa berdebar-debar bila tengok kat pawagam lain macam tau! Lagi-lagi cerita pasal zombie, dapat tengok zombie takluk dunia, kejar dan serang manusia dekat skrin besar, tak senang duduk!

Guess what, kalau korang penggemar filem thriller, satu lagi filem berkisar mengenai zombie, OVERLORD bakal menggegarkan pawagam berdekatan tak lama lagi! Mendapat rating sebanyak 6.9/10 dari IMDb, filem arahan J. J. Abrams ni mesti bukan calang-calang!

Bakal ditayangkan pada 8 November ini, jom ajak kawan-kawan yang kaki movie tu tengok filem OVERLORD kat pawagam! Rugi tak tengok! Tau tak kenapa korang kena tengok sangat filem OVERLORD ni? Baca sebab-sebab yang min share kat bawah…

1. Banyak babak mendebarkan yang boleh buat jantung korang terhenti!

Dalam filem OVERLORD ni, tentera AS kena serang hendap oleh zombie yang pada asalnya adalah tentera Nazi. Mereka telah disuntik dengan cecair dari bahan kajian yang akan menukar tentera Nazi kepada zombie!

Bayangkan macam mana berdebarnya perasaan kita kat pawagam, dihendap zombie yang nak serang kita dari belakang dan dikejar dengan sepenuh hati? Tak cukup tanah nak lari…

Selain tu, banyak lagi babak mendebarkan antaranya bila tentera AS kena serang kat atas udara… Bila pesawat nak terhempas dan terbakar, agak-agak apa korang akan buat? Nak terjun dari atas tu? Tinggi woi…

2. Plot cerita yang tak disangka-sangka. Korang mesti mind blown!

Berdasarkan trailer filem OVERLORD, tentera-tentera AS ni merancang nak serang Menara Radio Nazi. Tapi belum sempat diorang sampai kawasan sasaran, diorang kena serang kat atas udara sampai pesawat diorang terhempas! Korang agak-agak, siapa agaknya yang serang diorang tu?

Bila diorang dah buat terjunan kecemasan dari atas udara, tentera-tentera AS tu terhempas dalam laut dan berusaha berenang sampai darat. Sampai je kat darat, diorang ingat diorang dah sampai kawasan Menara Radio Nazi…

Tekaan diorang salah… Rupanya diorang sampai kat makmal penyelidikan dan nampak tentera Nazi tengah hasilkan cecair kajian untuk sebarkan wabak zombie…

Lepas tu, plan asal diorang nak serang tentera Nazi pun tak tercapai. Akhirnya, tentera Nazi yang bertukar jadi zombie tu pulak serang diorang, tahan dan tawan beberapa kawan-kawan diorang! Plot twist betul kan?

3. Boleh tengok aksi lawan dan perang paling epik dalam sejarah filem zombie setakat ini

Macam min cakap tadi, filem OVERLORD ni arahan pengarah dan penerbit tersohor Amerika, J. J. Abrams. Kalau korang familiar dengan filem Star Trek (2009) dan Star Wars: The Force Awakens (2015) sebelum ni, mesti biasa tengok aksi-aksi lawan yang gempak dalam filem tu kan?

Sekarang, semua aksi-aksi lawan yang gempak tu korang boleh tengok dalam filem OVERLORD yang terbaru ni! Confirm tak menyesal dan korang mesti akan terkesima tengok aksi-aksi lawan yang hebat antara tentera AS dengan zombie-zombie dari tentera Nazi tu…

4. Kesan solek khas zombie yang menggerunkan…

Kalau korang pernah tengok filem berkisar zombie sebelum ni, percayalah zombie dalam filem OVERLORD lagi menyeramkan. Tengok je lah gambar zombie kat atas ni…

Kesan solek khas yang hebat membuatkan zombie-zombie tu nampak ‘live‘, hebat betul siapa yang makeup diorang kan? Bukan calang-calang orang boleh buat kesan khas makeup macam ni!

5. Tengok cara melepaskan diri dari zombie paling bijak setakat ini…

Bila korang kena kepung, tawan dan serang dengan zombie, apa perkara pertama korang akan buat? Panik? Ya… Tapi, tidak bagi tentera-tentera AS dalam filem OVERLORD… Diorang ada rancangan bijak untuk melepaskan diri dari zombie yang korang sendiri tak akan terfikir!

Nak tau apa rancangan tentera AS tu dalam menyelamatkan diri mereka dari serangan zombie-zombie tentera Nazi? Mampu ke mereka menyelamatkan diri?

Saksikan aksi-aksi hebat tentera AS dalam melawan serangan zombie dalam filem OVERLORD November ini…

Kalau nak tau kesudahannya, jom tengok filem OVERLORD di pawagam berdekatan korang bermula 8 November ini! Lakonan Wyatt Russell, Mathilde Ollivier, Pilou Asbæk dan ramai lagi pelakon hebat, mesti tak menghampakan kita semua!

Mendapat rating yang agak tinggi dari IMDb dan Rotten Tomatoes, ini adalah filem thriller mesti tonton kalau korang memang betul-betul peminat filem zombie. Tak senang duduk korang nanti!

Sebelum tu, jom kita tengok trailer filem OVERLORD dulu…

Jangan lupa mark kalendar korang pada 8 November ini untuk menonton filem OVERLORD bersama kawan-kawan di pawagam berdekatan okay! Selamat menonton!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×